Minhajul Abidin by Imam Al Ghazali



Perkongsian ilmu dari buku ini.

Kita yg ingin beribadah dgn benar harus menuntut ilmu. Ibadah tanpa ilmu adalah sia2.

♥ Segala yg diciptakan Allah hanya untuk tujuan ilmu dsn ibadah, Quran, rasul dan nabi2,  langit, bumi dan isi alam sekalian.

♥ Rasulullah pernah mencontohkan hal Khawarij yg rajin beribadah dan membaca Quran tetapi ilmu dan quran itu tidak meresap dalam hatinya maka amalan itu tidak diterima Allah.

♥ selain ibadah lahir, ibadah batin juga perlu bagi mengelakkan takabbur dan ujud. Maka penting pelajari ilmu tasawwuf.

♥ ikhlas adalah wajib. Yang sebenar2 ikhlas dgn Allah akan ditanggung urusannya dan diberi rezeki yang tidak disangka2.

♥ ilmu itu ada dua. Ilmu muamalah itu ialah ilmu zahir tentang halal haram, adab dan akhlak baik buruk. Ilmu itu tiada guna jika tidak diamalkan. Ibadah tanpa ilmu adalah disebut ghurur.

♥ Rasulullah membolehkan para sahabatnya dulu berijtihad sekiranya mereka menghadapi masalah dalam hukum dan mereka berjauhan dr nabi dan tiada juga temukan nash dalam quran dan sunnah. Dari situ wujudlah bermacam mazhab dalam kalangan sahabat iaitu Mu'az bin Jabal, Mazhab Abdullah bin Umar, etc.

♥ namun mereka tidak pernah berbalah dan tidak saling mencela. Dan masalah mazhab serta ikhtilaf telah selesai sejak abad pertama kurun terbaik islam. Maka Rasulullah tidak mahu masalah ikhtilaf itu diperdebatkan lagi.

♥ Dalam ilmu, penuntutnya harus ikhlas especially ilmu akhirat dan dalam ilmu berkenaan sains, geografi atau lain2 ilmu dunia harus juga nilaikan ikhlas bahawa ilmu2 itu akan diperlukan untuk kepentingan kebaikan dan kemaslahatan masyarakat.

♥ dalam bahayanya sesuatu perbuatan ialah dalam menuntut ilmu kerana jika ilmu yg diperolehi itu untuk menarik perhatian org dan riyak dan berbangga maka ilmu itu tidak akan bermanfaat.

♥ orang yg selalu bermaksiat dia akan sukar mendapat taufik. Ibadah juga dirasakan sukar. Dan sukar juga untuk tunaikan perkara sunat seperti tahajud dan puasa.

♥ dosa sesama insan itu adalah perkara sukar kerana ia berkaitan dgn urusan harta, masalah peribadi, masalah perasaan, kehormatan dan agama.

♥ Pendapat Abu Darda berkenaan beliau meninggal kan dunia dan memilih akhirat adalah tidak salah bagi dirinya dan Rasulullah juga membenarkannya kerana beliau mampu menyara hidupnya dgn bekalnya yang telah tersedia, sdgkan tidak bagi sesetengah manusia yg lain.

♥ Abdur Rahman bin Auf menyeimbangkan hal dunia dan akhirat dan beliau berjaya melakukannya dan termasuk antara golongan yg masuk syurga.

♥ setiap perbuatan yg dilakukan untuk redha Allah adalah tidak salah sekalipun dia seorang pedagang.

♥ zuhud terdapat 2 jenis ;
★ yang mampu dikerjakan
★ yang tidak mampu dikerjakan
♥ zuhud yg mampu dilakukan ialah tidak inginkan hak dunia yg dia tidak miliki, membahagikan hak dunia  yg ada padanya dan tidak menginginkan dunia dalam zahir batin nya dan tidk usahakan dalam perlaksanaan.

♥ setiap pekerjaan hendaklah dimulai dgn ucapan Insyaallah dan serahkan segala urusan kpd Allah.

♥ makan secara berlebihan menjadikan hati keras dan sihar nya akan padam. Perut diibaratkan kuali terletak di bawah hati. Apabila ia mendidih asalnya terkena hati dan kerana banyaknya asap hati akan menjadi kotor dan hitam.

♥ Allah ciptakan manusia bukan untuk bersenang2 di dunia kerana dunia adalah cuma medan ibadah dan sementara, manakala manusia adalah hambaNya. Tubuh, jiwa dan segalanya adalah hak Allah, bukan milik kita. Apa kata kita jika hak kita ada pada org terlalu lama, mesti kita tuntut balik bukan?

♥ jika dunia ini datang dgn mudah kepada kita, bukankah maut juga begitu?

♥ lapar menjadi sesuatu bermanfaat buat manusia.  Dapat rasakan manisnya ibadah,  mencari keselamatan, ilmu dan amalan bermanfaat.  Bersabar menderita lapar semata kerana Allah.

♥ manusia yg zuhud terhadap dunia seperti memiliki seribu nama baik, menyendiri beribadah, org yg bahagia dan tenteram dgn Allah. Bahagianya..

♥ zuhud yg tidak mampu dilakukan ialah sesuatu yg tidak dpt pengaruhi hatinya untuk tinggalkan ibadah.

♥ Allah memberi sesuatu dgn kekuatan dan sebab dan sebaliknya mengikut kehendakNya. Jika Dia menghendaki Dia akan menyediakan sebab itu tanpa kita usaha atau usaha untuk nya.

♥ Rasulullah berpesan apabila kita berada pd zaman mencampur kebaikkan dan keburukan maka kita harus lebih baik berada di rumah,  tidak berbicara banyak, perbaiki urusan diri dan tinggalkan urusan umum.

♥ manusia beruzlah terbagi kpd :
1. Hidupnya tidak perlukan manusia lain dan tidak bergaul kecuali dalam hal berjamaah dan dalam majlis ilmu serta urusan perniagaan. Jika terpaksa berhubungan, jiwanya teguh.
2. Org yg mempunyai ilmu yg tinggi dan penting untuk menyampai dan mendidik manusia lain dan org ini tidak dibenarkan mengasingkan diri dr masyarakat.

♥ Kebaikkan uzlah ini ialah kita akan menghabiskan waktu beribadah dan tidak membuang masa.

♥ kenali tipu daya syaitan :-
★ syaitan melarang kita taat kpd Allah
★ ia melengahkan kita untuk beribadat
★ ia menghasut kita mengamalkan sikap tergesa2 dalam ibadah dan amalan
★ ia menyuruh kita melakukan ibadah dgn sempurna agar dapat dinilai oleh manusia
★ia membisikkan pujian kpd org beramal
★ia menyuruh kita memperbanyakkan amal agar Allah dpt menghebahkan kpd manusia kita adalah manusia ikhlas
★ ia menggoda kita agar tidak bersusah payah beramal kerana segala amalan kita yg bersungguh2 selama ini diterima Allah

♥ takwa seperti harta karun yg sgt bernilai. Sungguh beruntung org yg memilikinya. Permata yg sgt berharga yg berlimpah dgn kebaikan dan rezeki yg agung, kerajaan yg luhur dan kebaikan dunia akhirat  terkandung dalamnya.

♥ takwa beerti patuh dan tunduk, membersih diri dr dosa dan juga menjauhi yg halal secara berlebihan.

♥ dalam hati tersimpan permata yg sangat bernilai iaitu akal dan makrifat. Ia juga menjadi tempat menetapnya ilham, malaikat dan syaitan.

♥ membiasakan diam dalam tempoh lama menjadikan manusia itu bersikap warak (teliti)

♥ implikasi dari hasad ialah terhalangnya kebaikkan, tidak mendapat taufik dan tidak mencapai tujuan.

♥ tergesa2 dalam beribadah adalah termasuk :
1. Bermaksud mencapai taraf istiqamah yg belum masanya, akan buat lelah dan putus asa dan tidak juga sampai kepada tujuan.
2. Ahli ibadah yg ingin mencapai sesuatu tujuan dan membanyakkan doa kpd Allah dan terlalu bersungguh2.  Dia kemudian mohon diijabah sebelum masanya namun tidak kesampaian. Dia merasa bosan dan lelah lantas berhenti berdoa dan tujuannya juga tidak tercapai.

♥ org yg terzalimi mohon agar yg menzalimi segera mendapat hukuman, maka muslim itu binasa kerana doanya sendiri kerana tanpa disedari dia mohon dibalas melawati batas kerana emosinya. Maka dia telah membuat maksiat dan kerosakan dan dirinya sendiri rugi di akhirat nanti kerana tiada lagi simpanan untuk dituntut dan dia akan diadili kerana doanya melewati batas. Suatu kerugian besar.

♥ one thing to remember, org yg takabbur tidak akan dikeluarkan oleh Allah dari dunia sebelum diperlihatkan kpdnya hinaan dr kekuarganya yg plg rendah dan pelayan2nya, org yg loba diberinya dulu sepotong roti dan seteguk air dan ia tidak merasa kepuasan darinya dan org yg bangga diri akan diberi nya air bersimbah kencing dan najis.

♥ sifat manusia ialah merasa ingin hidup kekal, tetapi terbahagi dua iaitu yg terdapat pada org awam ialah ia ingin hidup keka selamanya bagi menyempurnakan kehendak dan kesenangan dan bersenang2 dgnnya. Manakala bagi org alim dan khusus ialah ingin menyempurnakan kebaikan namun terdapat bahaya kerana kebaikan itu sendiri masih terdapat kekurangan

♥ org yang tergesa2 hanya mengharap kan akan kekuatan dan keberanian dirinya tanpa berfikir akan rintangan dan bahaya, asal tercapai niatnya. Org yang tawakkal akan menilai dulu akan keupayaannya disamping mempertimbangkan keadaannya, disertai dgn keyakinan yg mantap akan jaminan Allah.

♥ tawakkal yg paling utama ialah urusan rezeki yg terdiri dari 4 bahagian iaitu rezeki yg dijamin, yang diberi, yang dimiliki dan yang dijanjikan.

♥ tamak itu sebenarnya adalah berkehendakkan sesuatu yg mengandungi bahaya. Iaitu menginginkan sesuatu dengan memastikan bahaya tujuannya akan tercapai. Tamak juga membuat hati merasa tenteram akan mamfaat yg diragukan iaitu sesuatu yg bermanfaat tetapi keraguan dari status halal haram.

♥ maka ada 2 bahaya yg harus diserahkan kpd Allah iaitu bahaya yg timbul ketika inginkan sesuatu, hinggakan untuk melaksanakannya hendaklah mengucapkan insyaallah dan bahaya merusak iaitu perbuatan yg tiada maslahat, maka ini wajib diserahkan kpd Allah.

♥ contohnya kita sedang kerjakan ibadah wajib seperti solat zohor yg waktunya tinggal beberapa minit lagi untuk masuk (solat awal waktu yg dituntut), ttapi datang sesuatu yg penting seperti terjadi kebakaran atau anak tenggelam, keadaan itu mewajidkan kita meninggalkan solat itu dan menyelesaikan urusan lebih penting itu kerana nyawa harus diutamakan sedangkan solat boleh diqadha.

♥ Keadaan seperti itu dimaafkan bahkan mendapat pahala, bukan pahala tinggalkan solat melainkan kerana mengerjakan kewajipan yg lebih penting itu.

♥ ikhlas dalam soal takdir ialah tidak mengeluh menerimanya. Kita juga berbuat maksiat tapi kita rela terima maksiat yg kita buat itu, kenapa tidak akan hal lain? Tapi takdir di sini ialah harus terima kepastiannya bukan maksiatnya. Allah takdirkan suatu keburukan bukan beerti takdirNya buruk tapi yg buruk adalah yg ditakdirkanNya. Masalah ini menyangkut hal qada dan qadar. Tapi mudah untuk faham bahawa Allah bersifat Yang Maha Mengetahui.  Sejak penciptaan hamba itu Dia telah tahu apa kelakuan dan perbuatan hamba itu sejal lahir sampailah akhir hayat maka takdir hamba itu telah ditulis di Luh Mahfuz adalah kerana perbuatannya sendiri. Jika Dia menulis kemudian maka hilanglah sifat Yang Maha Mengetahui itu. Kecuali jika Dia mencipta takdir yg berlawanan kehendak manusia seperti hamba itu telah berusaha sekuat mungkin tetapi tetap tidak kaya dan Allah tau hamba itu sabar maka Dia sengaja menahan rezekinya untuk menaikkan darjat hamba itu seterusnya memasukkan dia dalam nikmat kekal di syurga.

♥ Dasar ibadah adalah sabar dalam mengerjakannya dan sanggup menahan derita. Ibadah memang kerja yg sulit, tiada dapat dikerjakan tanpa kalahkan hawa nafsu. Mengalahkan nafsu adalah kerja yang lebih sulit. Kerana itulah ulama2 agung berpendapat lebih mudah mengalahkan seribu musuh dari tundukkan nafsu, kerana nafsu tidak boleh dihilangkan terus melainkan digunakan untuk kebaikkan tetapi itulah yg sulit.

♥ Erti istilah Kehambaan dan Ketuhanan ialah Tuhan memutuskan dan hamba menerima.

♥ Dalam hadapi musibah hendaklah tetap hati dan sabar. Jangan mengadu kpd orang lain. Musibah pertama kali memang terasa berat, tetapi yg kedua dan seterusnya akan rasa ringan dan terbiasa. Musibah jangan dikesali kerana itu adalah  kehendak dan takdir Allah. Ia tidak akan kekal lama, ibarat awan yg berarak di langit. Bersabar sejenak, bahagia akan muncul dan kekal lama manakala pahala besar kita dapat.

♥ Taat sangat sukar dan berat. Nafsu pun tidak menyukainya dan diri pon tidak berniat melakukannya. Hanya pertolongan dan rahmat Allah yang dapat diharapkan.

♥ Terapi untuk dapatkan taat ialah mengetahui kebaikkan sesuatu untuk jadi tujuan sehingga ia terasa ringan dan sanggup menahan kepayahan untuk mencapainya.

♥ Takut kpd Allah bukanlah harus selalu menangis tapi ialah meninggalkan maksiat yg dilarang Allah.

♥ Kisah anak murid seorang wali besar iaitu Imam Fudhail bin Iyadh, sedang dalam sakarat maut. Imam datang didekat kepalanya dan membaca yasin. Maka sang murid melarang nya membaca. Imam pun terdiam. Lantas beliau mengajarkan ucapan kalimah syahadah. Maka jawab sang murid bahawa beliau tidak akan membacanya. Meninggallah murid itu. Imam kemudiannya pulang ke rumah dan menangis selama 40 hari dan satu malam ketika dia tidur telah bermimpikan murid itu diheret ke neraka jahanam. Imam pun bertanya kenapa beliau menjadi begitu sedangkan beliau adalah muridnya yg PALING ALIM. Jawab sang murid beliau hilang iman kerana tiga perkara iaitu : 1. Suka memfitnah dan mengadu domba. 2. Dengki dan irihati kpada teman2. 3. Ketika sakit beliau berjumpa doktor dan memberitahunya agar meminum arak setiap tahun sebagai ubat kerana kalau tidak penyakitnya tidak akan sembuh.

♥ Ahli2 ibadah itu (termasuk AlGhazali) tidak pernah bersedih kecuali tiga hal iaitu, takut jika taatnya tidak dikabulkan Allah, dosa2nya tidak diampuni dan kalau makrifat dan iman hilang dari dadanya.

♥ Al Ghazali menjelaskan tentang konsep berbaik sangka dgn Allah bukanlah tanpa usaha. Kita harus berhati2 dr maksiat kepadaNya, takut siksaNya dan berbakti kepadaNya. Para nabi dan wali juga berbaik sangka kepada Allah tetapi mereka tetap bersungguh dalam beribadah. Ia bukannya melakukan maksiat dan kemudiannya berbaik sangka yg Allah tetap mengampuninya jika bertaubat.

♥ Jauhi riyak kerana ia perbuatan noda dan musibah. Noda itu akan dibalas melalui dua cara iaitu dia akan didakwa dihadapan seluruh malaikat dan kedua akan dicemarkan namanya dihadapan seluruh makhluk di hari kiamat nanti.

♥ Manusia yg pertama kali diseru pada kiamat nanti adalah org yg hafal quran. Allah bertanya untuk apa ilmu yg hamba itu miliki. Hamba itu menjawab bahawa beliau amalkan dan mengkaji setiap malam dan siang. Jawab Allah bahawa ia berdusta kerana hamba itu cuma ingin dapatkan pujian dan tunjuk dia seorang qari.

♥ Ikhlas juga ialah ia tidak menyembah nafsu dan tidak menyembah diri sendiri.

♥ Ujud ialah mengagungkan diri sendiri. Menganggap kemulian yg dimiliki disebabkan satu perkara, bukannya kerana Allah Taala. Misalnya dua berfikir bahawa kecukupan duit membawanya tunaikan haji ke Mekah.

♥ golongan menjadikan wujud selamanya iaitu mereka sedar akan kurniaan Tuhan tetapi tetap juga ujud iaitu anggap perbuatan yg berhasil adalah inisiatif sendiri. Golongan ini ialah Mu'tazilah dan Qadariyah.

♥ Terapi ujud ialah apabila kita kerja kan solat malam dua rakaat dan setelah selesai kita berfikir bahawa bukan kita sahaja yg bangun waktu itu untuk solat, tetapi seluruh hamba Allah di dunia ini yg lebih baik dari kita, yg lebih ikhlas dan kusyuk, ibadah yg suci diiringi dgn titisan air mata, hati tulus dan bersih. Malahan seorang wali Allah pernah berkata bahawa beliau malu mempersembahkan solatnya kepada Tuhan, lebih malu dari perempuan yg berzina.

♥ Solat dua rakaat itu adalah kemurahan dari Allah kerana kita mampu lakukan pun kerana taufiqNya yg memudahkan. Maka kenapa mestu ujud.

♥ Sembunyikan kebaikan sebagaimana kita sembunyikan keburukan.

Pesan Imam Al Ghazali yang terakhir ialah apabila kita melihat dan mendengar orang2 kafir akan kekal selamanya dalam neraka janganlah kita merasa aman. Kemungkinan nasib kita juga sama kerana manusia tidak masuk syurga kerana amalannya dan ibadahnya, kecuali dengan rahmat dan belas kasihan Allah. Wallahu'alam.














Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah