POW Kem Holzminden : Disebalik Keindahannya.. (Part 2)


Holzminden di German, terletak 60 batu ke Selatan-Barat Hannover, dalam daerah Lower Saxony, adalah sebuah bangunan penjara bagi menempatkan tahanan perang di German.  Ia dibina pada 1913 sebagai berek untuk pasukan askar berkuda tetapi pada September 1917, sebagai peperangan perindustrian moden telah diberikan pasukan berkuda hampir usang, dan bilangan banduan Bersekutu di tangan German semakin meningkat, maka bangunan itu telah ditukarkan menjadi kem penjara perang. Pada awal September 1917, Holzminden menerima tawanan pertama askar British. Kem penjara untuk pegawai-pegawai atau Offizier Gefangenenlegar, hanya satu batu sahaja terletak dari Bandar pasar Holzminden,  daerah terpencil dan indah dalam negara itu. Majoriti penduduk di situ hanyalah petani2 yang mengusahakan pertanian kecil-kecilan, bagaimanapun Holzminden juga adalah kawasan kilang yang mengeluarkan minyak dan perisa sintetik untuk minyak wangi dan industri makanan.

Kedengaran beberapa gosip bagi mereka yang berada di luar kawasan penjara itu menggangap Holzminden adalah satu mimpi indah dan impian kepada para banduan untuk dihantar ke situ berbanding bangunan kem penjara lainnya. Bangunan yang dilengkapi dengan kemudahan cahaya dan udara yang kesemuanya baru serta kawasan sekitarnya dikelilingi dengan pemandangan yang indah. Teorinya, apa yang dilihat pada pandangan luar bangunan, sama sekali jauh berbeza dengan yang di dalam bangunan. Memandangkan bangunan itu asalnya bukanlah sebuah penjara, segala kerja pembaik pulih masih belum siap sepenuhnya,  penempatan masih agak kelam kabut. Semua banduan dan juga pekerja German terpaksa menggunakan hanya tiga pemanas air dan juga dapur memasak yang kecil, satu untuk setiap 125 orang.

Holzminden adalah kem penjara yang menempatkan tahanan British yang terbesar di German,  dipenuhi oleh 700 orang dalam dua bangunan empat tingkat yang dipanggil Kaserne. Separuh dari Kaserne A dipisahkan dari kuarter banduan2 dengan pintu yang sentiasa dikunci dan dipalangkan dengan sekatan kayu yang berat, dikhususkan untuk penempatan pegawai2 German dan pejabat kem, termasuk komanden. Selebihnya Kaserne A dan B didiami oleh banduan2.

Seperti yang dinyatakan, kemudahan bangunan itu masih belum siap sepenuhnya.  Bilik mandi juga belum dibina, manakala kantin dan bilik pembukusan atau surat menyurat (parcel) masih ditutup. Banduan tidak mendapat pemakanan yang secukupnya. Kadang2 mereka cuma diberi makan roti hitam keras dan kering. Kesemua mereka mengalami penurunan berat badan secara dramatik dan bagi yang memang sedia kurus, bertambah kurus yang boleh mengakibatkan bahaya kepada diri mereka sendiri. Bilik yang mereka kongsi juga bersaiz kecil iaitu 22'14", tetapi terpaksa memuatkan sehingga 10-14 orang dengan padat. Paling menyeksakan bagi mereka ialah apabila musim sejuk yang hampir menggigit tulang. Pada hari2 tertentu mereka tidak dibekalkan dengan air panas. Alas katil hanya ditukar sebulan sekali dan selimut tidak pernah ditukar sama sekali. Banduan tidak dibenarkan menggantungkan sebarang gambar atau foto walaupun foto keluarga. Setiap bilik ibarat kandang binatang yang padat dengan ternakan, dan tidak menyelesakan. Penghuni akan dikunci setiap malam bermula dari pukul 6 petang, apabila pintu kesemua blok berek dikunci, sehinggalah keesokkan paginya seawal 7 pagi. Mereka juga dipaksa menutup tingkap bilik, yang mana apabila cuaca panas, mereka seolah tidak mampu tertanggung dengan kepanasan.

Kesatuan2 Pekerja mendesak German bahawa askar2 dan banduan mereka dibayar dengan upah yang baik dan layanan sama rata di England sedangkan, banduan2 British dilayan tidak ubah seperti hamba abdi. Satu surat yang sampai kepada England dari pusat tahanan German bahawa mereka bekerja di lombong garam di bawah tanah  sehingga 14 jam shift dan apabila mereka kepenatan dan kehausan serta tersungkur, mereka akan dipukul dengan bayonet dan senapang.

Tersebar juga kekejaman berleluasa, "Prebet Barry, Pengawal Pengakap telah sengaja ditembak dalam bilik berek di blok Sennelegar 2 pada 17 Januari 1918". Sungguh sejuk darah German ini, mereka tidak selesa melihat mangsa berpakaian, mereka menanggal kotnya dan membogelkannya dan bahu kanannya dibersihkan sebelum ditembak. Begitu juga yang terjadi di Kem Bohmte, beberapa banduan telah ditikam dengan bayonet tanpa kesalahan yang serius. Di Gustrow Mecklenburg, sebuah tanah perkuburan yang menempatkan beratus2 bamduan dengan sebab2 'dipukul hingga mati, mati kerana kelaparan dan beberapa kekejaman lain, akan menghancurkan hati ramai orang andai kisah benar ini didedahkan.' Seorang banduan yang juga askar yang disenaraikan yang berada di kem lain juga melihat para banduan yang terdiri dari askar2 biasa bekerja berhampiran barisan hadapan perang, satu lagi tindakan yang menyalahi Peraturan Hague! Mengikut laporannya, "keadaan mereka sangat teruk. Mereka cuma tinggal sekitar 30 orang sahaja, sedangkan saya diberitahu bahawa ketika mereka dibawa ke situ adalah seramai 120 orang terdiri dari mereka yang kuat dan bertenaga, dua bulan sebelumnya". Sangat memeranjatkan, bahawa askar2 biasa ini di Holzminden,  disamping berkhidmat sebagai pembantu kepada pegawai2 mereka sendiri, yang juga ditawan tetapi tidak dikerahkan bekerja,  juga disenaraikan untuk dihantar sebagai buruh paksa di kem perang di barisan hadapan, yang juga sama seperti menghadapi hukuman mati.

Askar2 biasa ini yang juga dikenali sebagai Orderlies, ditempatkan di bahagian terpencil di Kaserne B, dan mereka berkongsi bilik yang lebih padat berbanding bilik untuk pegawai2, lebih kurang 20 orang satu bilik yang dilengkapi dengan katil dua tingkat yang dipakukan pada dinding. Holzminden ditubuhkan sebagai Strafe (kem hukuman) adalah kem yang dianggap mempunyai kepadatan tinggi dan sentiasa diawasi ketat oleh pengawal dan penjara yang sukar untuk ditembusi juga melepaskan diri di German. Ia juga bereputasi sebagai penjara paling kejam dan digelar dengan pelbagai nama, 'Hellminden by unwilling inhabitants', 'the worse camp in Germany' dan 'the German black hole' oleh surat khabar British.

PEGAWAI NERAKA

Sepanjang musim luruh 1917, semakin ramai banduan perang yang tiba ke Holzminden,  dan sekurangnya jumlah yang memenuhi penjara tersebut berada sekitar 560 orang pegawai dan di antaranya 140-160 adalah orderlies. Kebanyakkan mereka berumur dalam sekitar 17-19 tahun ketika ditawan pada tahun peperangan, tetapi majoritinya adalah mereka yang telah lama dua hingga tiga tahun berada di kem lain seperti Schwarmstedt,  Strohen, clausthal, Freiburg, Krefeld dan banyak lagi sebelum dihantar ke Holzminden.

Kedatangan mereka disambut oleh komanden yang menguruskan penjara itu, Hauptmann Karl Niemeyer, seorang yang mampu berbahasa English dengan baik, memberi ingatan kepada banduan supaya menyerahkan segala yang ada di tangan mereka kerana mereka akan menjalani pemeriksaan badan, dan jika dijumpai apa2 yang tinggal pada mereka, mereka akan didenda.

Para banduan tentunya tidak akan dengan senangnya menyerahkan segala barang2 seludup tersebut berupa peta, wang dan juga barang2 kelengkapan untuk tujuan melarikan diri dari penjara. Sementara banduan beratur atas padang yang dipenuhi dengan habuk menanti untuk proses pemeriksaan, mereka mencuba mengorek lubang dengan menggunakan pisau lipat atau tangan dan menyembunyikan segala nota serta lain2 barang yang mereka seludup dengan harapan akan mencarinya kembali. Bagaimanapun, disamping pemeriksaan, mereka kemudiannya dibawa ke bangunan kosong dan dikurung di situ semalaman. Tiada peluang untuk mereka mencari kembali barang2 mereka menjelang malam. Menambahkan lagi kekecewaan mereka, apabila menjelang pagi sebelum mereka dilepaskan, mereka melihat sekumpulan pegawai militia yang dulunya pernah berkhidmat di barisan hadapan ditarik atas alasan faktor umur, dipanggil untuk tugas seperti itu, mencari barang2 yang disembunyikan oleh banduan2. Mereka dikerahkan mencari di sekitar tempat banduan2 tersebut berdiri pada hari sebelumnya. Barang2 itu berjaya dijumpai dan jumlah dianggarkan lebih kurang dua ribu jenis barangan peribadi termasuk nota, peta, wang dan kit yang digunakan oleh kontraktor.

Pagi itu seperti sebelumnya, ketika pemeriksaan, sebelum ke bilik masing2,  mereka dikehendaki separuh berbogel. Setelah pemeriksaan dilakukan, mereka akan dihantar ke bilik yang satu lagi untuk diserahkan pakaian, yang menandakan bahawa mereka telah selesai diperiksa dan diarahkan ke bilik masing2.

Salah seorang penghuni Holzminden itu ialah Kapten Jack Shaw, seorang pelayar tegar dan banyak memenangi piala sebelum perang, pernah berkhidmat dengan 2nd King Edward's Horse, The Oxfordshire and Buckinghamshire Light Infantry dan Royal FlyingCorps, sebelum diambil sebagai tawanan banduan di Messines pada 1917. Dia juga seorang pemuzik amatur berbakat, dan ketika di kem penjara Freiburg, dia menjadi konduktor bagi orkestra kem. Beliau menggunakan peluang ketika mengadakan persembahan di bilik makan Pengawal German untuk tujuan melarikan diri, dengan menggunakan alasan bahawa kakinya tercedera ketika melakonkan watak komedi, dan ketika ditinggalkan sendirian dalam bilik persalinan sementara persembahan sedang berlangsung di bilik makan, beliau memanjat tingkap dan terlepas. Beliau kemudiannya tertangkap dan selepas menjalani hukuman selama dua minggu dalam bilik tahanan, beliau dihantar ke Holzminden pada 1917. Adik beliau, Leftenan Wilfred Shaw juga ditawan oleh German di St. Quentin pada 24 Mac 1918, dan secara ringkasnya telah bersama-sama dengan abangnya di penjara  Holzminden.  Selama ini keluarganya menyangka bahawa Wilfred yang telah diberitahu oleh Pejabat Perang bahawa anaknya telah hilang dan dipercayai terbunuh. Namun lebih sebulan kemudian, pada 12 Mei 1918, mereka mendapat surat lagi dari Pejabat Perang yang menyatakan nama Wilfred tersenarai di dalam senarai nama2 banduan perang di German, dengan nama Leftenan Kedua W.R. Shaw, Rejimen Bedforshire.

Bagaimanapun, kesemua banduan yang diperiksa ketika ketibaan mereka, hanya 22 orang yang dipindahkan ke Holzminden daripada Clausthal setelah gagal dalam percubaan melarikan diri, membawa sekali kelengkapan bersama mereka dan berjaya mengelakkan dari dikesan. Manakala, kumpulan yang seramai lagi 25 orang yang tiba lewat ke Holzminden,  setelah menempuh perjalanan yang panjang daripada Heidelberg, telah disambut di pintu gate oleh Karl Niemeyer,  yang pada pandangan pertama bagi banduan baru dia adalah seorang yang berperwatakan seperti bapa, peramah dan lebih dari kebiasaanya yang biasa iaitu kurang ajar. Niemeyer memberitahu mereka bahawa dia sangatlah berbesar hati menemui orang British lagi kerana dulu dia juga bersahabat baik dengan mereka sebelum perang dan akan menjadi sahabat lagi selepas perang.  Beliau menggesa mereka supaya menulis surat kepada keluarga mereka supaya menghantar  selimut dan pakaian yang sesuai kerana musim sejuk akan tiba kerana musim sejuk di Holzminden amatlah sejuk. Dengan wajah 'suci' dia memberitahu kepada banduan, "Tuan, saya merasa kamu tentunya ingin ke bilik kamu. Saya ucapkan selamat malam. Kamu akan diperiksa keesokkan harinya".

Keesokkan paginya, Niemeyer mengumpulkan seluruh pekerjanya yang akan menghadapi banduan2 tersebut dengan pesanan, "Mereka itu semua bukannya lagi pegawai2 dan tuan2. Mereka adalah penjenayah dan saya harap kamu melayan mereka dengan sewajarnya. Jika saya nampak mana2 German bercakap dengan mereka, dia akan serta merta di hantar ke barisan hadapan".

Pegawai neraka tersebut yang dianggap oleh sebahagian besar banduan2 adalah Karl Niemeyer.  Dikatakan disebalik tindakannya itu, Niemeyer terpaksa melakukan polisi  yang ditetapkan oleh ketuanya, Jeneral Von Hanisch, seorang yang tidak berperikemanusiaan dan kejam, selalu melepaskan kemarahannya di sebalik panas barannya. Dikenali juga sebagai, "Khinzir Hannover" oleh askar2 German sendiri. Satu 'sistem paksaan yang teratur' telah dijalankan di 4 kem, yang mana ditentukan oleh jeneral sendiri dan kadang2 pembantunya, termasuk dua beradik Niemeyer, Karl dan Heinrich, komandan bagi Holzminden dan Clausthal masing2 nya, sebuah bekas hotel di Hanz Mountains ditukarkan kepada kem penjara. Heinrich hampir terkenal sama seperti abangnya,  Karl, berkongsi gelaran yang sama, 'Kembar Dasyat'. Sukar untuk digambarkan, satu sistem yang dibentuk dan dibawa oleh tiga manusia yang kejam dan zalim iaitu Von Hanisch,  Karl dan Heinrich adalah sengaja direka untuk mengutuk tawanan perang di bawah mereka kepada kehidupan yang berupa penghinaan dan kemarahan.

Walaupun beberapa komandan German yang menyelaraskan kem mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh peraturan perang, namun di beberapa kem lainnya melayan banduan perang dengan kejam dan kasar, dan itu adalah situasi benar yamg berlaku di Holzminden. Von Hanisch kerap menggunakan perkataan yang menimbulkan kemarahan dan dendam kepada tawanan British dengan memanggil mereka 'anjing dan babi-anjing', memberitahu mereka bahawa mereka semua adalah orang gasar atau barbarian dan tidak layak untuk hidup.

Perkara paling teruk  dalam dunia perang selain dari barisan hadapan ialah apabila berada di kem penjara. Paling teruk dalam kem penjara adalah komandennya. Apabila kem pertama dibuka, Niemeyer adalah satu2 nya pegawai kem, komandannya seorang yang telah berumur,  Kolonel Habrecht, berusia 70 tahun menyerahkan segala-galanya tugas kepada Niemeyer.  Seorang dari lima beradik, Niemeyer pernah tinggal di Milwaukee selama 17 tahun sebelum perang, gelaran yang diberikan oleh penghuni kem, Milwaukee Bill. Ramai yang berasal dari German menjadi penduduk di sana, yang menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding English. Beliau dikatakan pernah menjadi seorang pekerja bar di Milwaukee dan sebagai pembuat billiard di New York, yang mana ketika perang diisytiharkan, beliau membawa pulang budaya English dan sedikit slang Amerika ketika bekerja sebagai barman. Namun penyalahgunaan bahasa beliau seperti,  "I  give you three days imprisonment right away", "I guess you know I am the commander" - menjadi satu kebiasaan yang meletihkan kepada mangsa2 bulinya. Bersama dengan kembarnya, beliau meninggalkan Amerika dengan kedutaan German apabila Amerika mengisytiharkan perang dan menyeberangi Lautan Atlantik untuk sampai ke Tentera German. Di German, mungkin disebabkan kerana beliau mengetahui bahasa English sedikit sebanyak dan melalui kenalan atau saudaranya yang juga mengetahui bahasa itu, beliau dilantik sebagai pegawai kem penjara, seperti kisah yang dinyatakan sebelum ini.

Niemeyer memang terkenal di kalangan penghuni penjara Holzminden bukan sahaja kerana susuk tubuhnya yang besar seperti pembuli Hun, satu kaum Mongol yang hidup sebagai barbarian di padang rumput luas, tetapi juga seorang yang biadap dan angkuh serta sombong apatah lagi berurusan dengan pegawai dan manusia lain. Sebagai orang yang matang juga, beliau dikatakan mempunyai kebencian berada di sisi wanita, walau terdapat khabar angin yang dia juga seorang yang liar di pangsapurinya, di samping seorang peminum yang sudah biasa, memberi pandangan sisi buruk kepada Niemeyer.  Kenyataan dan khabar angin itu disokong oleh kedua orang sarjannya. Beliau juga sering muntah selepas minum terlalu banyak dan muntahkannya keluar dari tingkap rumahnya dan sering mengambil dadah dalam dos yang agak tinggi. Beliau tidak bersukan dan tidak pernah dilihat keluar berjalan2 dan bersenam, bukan juga mempunyai hobi atau masa2 lapang. 

Mejar Wyndham membuat aduan kepada Jeneral Von Hanisch berkenaan tingkah laku dan tindakan Niemeyer ketika menyeliakan kem Strohen, kem tawanan perang yamg disifatkan sebagai 'paya, ketika basah' dan 'ribut debu dan bau busuk, apabila kering'. Namun tiada tindakan diambil, kerana Von Hanisch dikatakan berkolaborasi dengan Niemeyer untuk sesuatu tujuan. Dalam tugasnya, Niemeyer memberi kuasa kepada orang2 nya, memerintahkan mengambil tindakan ke atas pegawai2 yang ditawan dan menggunakan senjata jika mereka tidak bergerak dengan pantas. Dalam beberapa insiden, banduan2 diperintahkan untuk bergerak dan para pengawal menjerit dalam bahasa German ke atas mereka, sedangkan mereka yang tidak memahaminya berjalan seperti biasa, maka pengawal akan menikam mereka dengan bayonet (bayonet ialah sejenis pisau belati yang dilekatkan hujung senapang untuk tujuan menikam). Biasa digunakan dalam perang, walau perang yang berlaku di Asia juga.  Bayonet akan dikenakan melalui bahagian belakang banduan menembus terus ke hati.

Seorang yang bernama Kapten Knight, berjalan melalui laman apabila Feldwebel Pohlman, seorang pengawal German menjerit kepada beliau dalam bahasa German. Knight tidak memahami arahan Pohlman, dan tanpa sebarang peringatan atau penjelasan, Pohlman membawa buntut senapang dan menikam kakinya, menyebabkan Knight mengalami cedera parah. Ketika dibawa ke hospital, banduan2 selalunya akan mencari keadilan ke atas keadaannya, serta perlindungan, namun Niemeyer sebaliknya mengucapkan tahniah kepada pengawalnya kerana bertindak seperti itu. Ketika Niemeyer membuat lawatan biasa ke kem hospital perang, Knight meminta sedikit brandy kerana beliau kehilangan banyak darah, namun Niemeyer menjawab, "if water was good enough for German privates, it was good enough for British officers".

Mood Niemeyer selalunya adalah sangat teruk waktu pagi, apabila beliau membuat pengumuman akan memeriksa secara rawak ke kem dan kuarter banduan2.  Setiap kali lawatan pasti ada sahaja yang tidak memuaskan hatinya, dan yang pasti beliau akan mencari peluang untuk mengenakan banduan British. Beliau dikatakan cuba untuk memenangi hati banduan semua namun tidak pernah berjaya, malah kerap membuli pengawal yang tidak berdaya dan masih muda sehingga mereka sendiri tidak tahu apa yang telah mereka lakukan. Beliau juga sering menyumpah dan mengeluarkan kata2 kesat kepada pengawalnya sendiri. Jelasnya, kesemua pengawal dan orang2 German  yang bekerja dengan Niemeyer membencinya juga.



Wakil kepada Raja Belanda ketika melawat Holzminden sejurus selepas ianya dibuka menerangkan kelakuan Hauptmann Niemeyer adalah sangat memalukan. Bagaimanapun, Niemeyer mendapat sokongan kuat dan sentiasa di bawah perlindungan Jeneral Von Hanisch, atas balasan dia hidup sebagai hamba kepada tuannya. Von Hanisch menolak semua aduan dan keterangan berkenaan kelakuan Niemeyer,  sepertinya banduan British percaya bahawa satu bahagian dari hasil keuntungan kantin dan nilai barangan yang dihantar oleh keluarga banduan dan oleh Persatuan Palang Merah didapati melalui Niemeyer akan disalurkan kepada duit poket Von Hanisch.








Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah