Kaedah Baru Mendapatkan Bayi

Menantikan kehadiran bayi memang menyeksakan perasaan terutama sekali perkahwinan yang diikat bertahun-tahun lamanya masih belum membuahkan hasil, sampailah kesudahannya wanita tersebut mengalami menopos. Amat menyedihkan, apatah memandang wajah terkilan seorang suami dan ketidak-sediaan wanita untuk membenarkan suaminya berkahwin lagi. Ditambah pula dengan hinaan dan desakan daripada keluarga kedua belah pihak. Perasaan itu sukar digambarkan dan tidak mungkin dapat difahami oleh wanita yang tentunya mempunyai anak. Situasi ini lebih kurang sama dengan wanita yang belum berkahwin pada walau usia semakin meningkat. Namun, kenapa wanita sering ditunjangkan persoalan ini? Adakah segala permasalahan berpunca dari kaum wanita, dan kaum lelaki dibiarkan lepas tangan? Itulah lumrah alam, hanya kerana wanita diberi hak oleh Allah Swt menghasilkan zuriat dan dari rahimnya sahaja keturunan bakal berkembang, maka wanitalah yang menerima segala kekurangan ini sedangkan tidak kurang ramainya lelaki yang tidak subur dan bermasalah.

Kelahiran bayi pertama yang dihasilkan daripada kaedah terapi pendaduan telur, yang dilahirkan pada Disember 2012 iaitu seorang bayi lelaki di Jepun memberi harapan baru kepada wanita yang tidak subur untuk melahirkan anak.  Kaedah ini juga memberi peluang wanita yang pernah menjalani rawatan kanser yang menyebabkan ketidak-suburan pada telurnya serta wanita yang telah lama tidak melahirkan anak. Cara kaedah ini ialah mengaktifkan telur2 yang tidak aktif setelah wanita tersebut mengalami menopos.  Menarik bukan?

Wanita dilahirkan dengan berjuta2 telur yang tidak matang atau istilah sainsnya folikel tetapi hanya sekitar 400 sahaja di antara telur yang dihasilkan itu matang yang mana ianya akan dilepaskan dalam tiub falopian dan akan disuburkan. Tetapi sebahagian dari folikel ini kekal sehinggalah wanita tersebut menopos. 

Maka, kajian sains telah menemui cara bagaimana untuk mengerakkan folikel yang tidak aktif ini dan menghasilkan telur untuk disuburkan. Kajian ini dijalankan oleh Aaron Hsueh dari Universiti Perubatan Stanford di California dan pasukan pengkaji beliau. Sebelum itu beliau dan pasukannya telah menunjukkan melalui kajian beliau ke atas folikel tikus yang tidak matang, boleh terangsang kepada matang jika kepingan ovari diperam dengan satu molekul yang merangsang laluan yang dihalang oleh gen PTEN. 

Team Hsueh juga menemui tindakan fizikal memotong ovari menggugat isyarat laluan untuk kali kedua yang dipanggil laluan Hippo, kebiasaannya menyekat pertumbuhan organ2 badan yang lain. Apabila potongan dan pemeraman tisu tersebut dimasukkan kembali pada tikus ujikaji itu maka telur2 akan dilepaskan dan subur dan keputusannya akan menghamilkan tikus tersebut.  Kini, team beliau melakukan proses yang sama kepada wanita menopos separa matang untuk menjadi seorang ibu, dengan menggunakan telur mereka sendiri.

Untuk itu, seramai 27 orang wanita telah di diagnosis menopos separa matang untuk secara sukarela membenarkan ovari mereka di pindahkan. Daripada ini hanya 13 mempunyai folikel yang masih tinggal. Maka ovari mereka didadukan dan diperam dengan perencat PTEN sebelum dipindahkan ke dalam tube falopian. Imbasan ultrasound akan mendedahkan bagaimana folikel itu berkembang.

Gambar Ehsan Google

Gambar Ehsan Google


Dari keseluruhan, lapan dari wanita itu menghasilkan folikel yang matang dan telah diberi dadah untuk mencetuskan pelepasan telur itu. Lima dari mereka menghasilkan telur matang yang akan dituai dan disenyawakan oleh IVF. Maka, tiga dari mereka telah diimplankan embrio mereka, dengan keputusan seorang telah selamat melahirkan anak, seorang masih mengandungkan kandungan manakala seorang lagi gagal alami proses implan.

Walau masih dalam proses kajian, teknik ini boleh digunakan bagi menolong wanita yang tidak bertindakbalas atas rawatan kesuburan yang konvensional.  Bagaimanapun, banyak lagi perlu dilakukan sebelum ianya digunakan secara rutin di hospital dan klinik bagi menentukan ianya selamat bagi yang memohon kaedah ini.

Jelaslah, mendapatkan seorang bayi yang bukan secara semulajadi bukanlah semudah yang diungkapkan. Dengan kemampuan sesetengah manusia, harga mendapatkan bayi semudah kos yang mereka bayar tetapi andai proses itu terjejas dalam apa2 cara maka itu lebih menimbulkan masalah. Berfikir sebelum bertindak. Bertanya kepada yang melalui pengalaman dan serahkan jawapan itu pada Yang Empunya Rahim.









Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah