POW Kem Holzminden : Di sebalik Pagar Berduri (Part 3)
Pada 1 Ogos 1917, satu Peraturan baru telah dipinda bagi
menggantikan Peraturan Hague sebelum ini. Segala peraturan dan denda untuk
kesalahan bagi banduan yang melarikan diri dari penjara sebelum ini telah
dibatalkan. Peraturan baru itu merujuk kepada Para 16(a), yang telah
ditandatangani oleh Pihak Bersekutu dan Kerajaan German, mengisytiharkan bahawa
maksimum denda penjara bagi percubaan pertama
mahupun telah berulangkali tetapi dilakukan keseorangan mestilah tidak
melebihi 14 hari.
Namun tidak bagi di Holzminden, yang mengamalkan Peraturan
peribadi yang selalu mengelakkan dari melaksanakan peraturan yang telah
ditetapkan dalam perjanjian rasmi. Para komanden menggubal undang2 mereka
sendiri, di bawah kawalan Jeneral Von Hanisch. Bagi membuktikan tindakan itu,
dua peraturan yang kerap dilakukan dipenjara Holzminden. Pertama, masa sebelum
dikenakan tindakan dan hukuman, banduan yang melakukan kesalahan percubaan
melarikan diri menghabiskan masanya di lokap atas Tahanan Siasatan Belum
Selesai atau Tahanan Atas Permintaan, dalam keadaan memastikan mereka
dihadapkan di bawah Tahanan Selepas Hukuman adalah sangat jauh, iaitu dalam
tempoh sebulan. Kedua, kesalahan terkumpul akan dikenakan bagi penambahan atas
denda sebenar yang sepatutnya mereka tempohi adalah 14 hari, iaitu mensasarkan
dengan kerosakkan harta benda kerajaan ketika percubaan melarikan diri,
mencuri kelengkapan, termasuk juga masa penyiasatan dilakukan, maka jumlah keseluruhan
tempoh penahanan adalah 6 bulan.
Tujuan mereka mengenakan denda itu bukan hanya bagi
mengekalkan disiplin tetapi juga dalam usaha mematahkan semangat tentera
British. Selain itu mereka dikenakan punitif rejim diet, yang mana makanan
disediakan berselang-seli, dengan tiga hari untuk roti hitam dan satu hari untuk
hanya air. Penyediaan masa di bawah keadaan yang paling teruk, sekatan dan
kesusahan. Banduan2 mendakwa mereka ditahan dalam lokap yang panjang dan
sempit, yang berukuran 4 kaki tinggi, 6 kaki lebar dan 15 kaki panjang,
manakala tingkapnya hanya mempunyai satu tingkap kecil yang tinggi. Peralatan
dan perabot yang ada dalam tempat tahanan itu hanyalah meja kecil, satu tempat
pembuangan najis, satu tin basin, satu jug untuk air minuman dan satu katil
kosong. Penjara juga digambarkan gelap dengan pengudaraannya yang teruk.
Banduan2 akan merasa seolah beku pada musim sejuk dan dalam keadaan kepanasan
yang tidak menyelesakan ketika musim panas. Situasi di kem adalah sebenarnya
kesinambungan perang antara German dan British. Satu laporan dari seorang
banduan mengatakan bahawa kakitangan kem lebih tidak sabar menguatkuasakan
perintah kecil dan tidak penting, manakala kami, mungkin juga bersedia untuk
berjuang bagi menuntut hak2 sebenar atau sepatutnya.
Tindakan Niemeyer yang pertama sebagai komanden adalah
menguruskan pertukaran pegawai yang menimbulkan masalah iaitu Mejar Wyndham ke
Freiburg pada 7 November 1917, yang mana ketika itu duta Belanda Dr. R. Romery
dalam jadual lawatannya ke kem akan tiba, maka Wyndham tidak akan dapat lagi
membuat laporan aduan kepada beliau kerana sudah tiada di Holzminden. Sebagai
tambahan kepada lawatan umum itu, pihak Pejabat Perang British telah menyuruh
Duta tersebut menyiasat tentang harga yang tidak munasabah dan keuntungan yang
dikenakan oleh kantin Holzminden. Namun, kerana perasaan yang tidak selesa
berada di kalangan banduan2, maka, dengan kemesraan Niemeyer, beliau berjaya
menawan hati Romery, yang mana Romery berkata, Niemeyer adalah sangat sopan,
sentiasa menemaninya berada dalam kem – dan beliau telah menolak sebanyak 13
spesifik aduan yang naik terhadap Komanden, sebagai aduan yang tidak ditemui. Duta
itu juga memberi komen yang mengikhtirafkan penempatan dan dapur dan mencuba
roti yang disediakan di kem tersebut, yang mana baginya adalah berada pada
kualiti yang baik.
Dalam tindakbalas terhadap aduan spesifik berkenaan kadar
yang tidak munasabah pada barangan yang dijual di kantin, seorang pegawai
senior yang dipenjarakan di Holminden telah mengangarkan keuntungan Niemeyer
daripada hasil kantin antara September 1917 dan Januari 1918 adalah kurang dari
150,000 dan berkemungkinan 250,000. Duta Belanda itu bagaimanapun dapat
menerima anggaran itu bahawa harga yang ditentukan itu adalah berbaloi dengan
refleksi kualiti barangan dalam pasaran. Dr Romery juga mengesahkan bahawa kem
tersebut dikendalikan di bawah peraturan ketenteraan.
Dalam satu laporan yang ditulis oleh Kapten Christie-Miller
berkenaan dengan keuntungan yang didapati Niemeyer kepada Pejabat Perang di
London mencadangkan bahawa tawaran ini adalah satu peluang bagi menjatuhkan
Niemeyer dengan aduan yang secara rasmi. Pandangan ini nampaknya terlalu
sangat optimistic, sedangkan ianya adalah lemah, kerana Niemeyer berada di
bawah perlindungan Jeneral Von Hanisch, ianya mesti menerima lebih aduan
daripada beberapa aduan kecil berkenaan harga kantin bagi mendakwa Niemeyer.
Seorang lagi Pegawai Senior Kolonel Charles Rathborne, membuat kenyataan yang
lebih realistic berkenaan perkara ini dengan mengatakan bahawa adalah sangat
mustahil untuk mengubah keadaan di Holzminden selagi mana Niemeyer masih di
situ dan tidak pasti samada kedudukannya kurang selamat dan sebaliknya.
Denda yang dikenakan juga kadang2 tidak berpatutan. Seorang
banduan mengingati kembali saat di mana beliau ketika itu sedang memasak
makanan apabila disapa oleh Komanden dan beliau tidak menyedari kehadiran
komendan kerana beliau lebih berminat menumpukan perhatian kepada memasak dari
komanden dan kemudiannya beliau telah diletakkan dalam bilik tahanan selama 7
hari. Bilik tahanan tersebut sebenarnnya padat dengan pegawai2 yang
dipenjarakan tanpa sebab, hanya kerana, ‘memandang dengan pandangan menjeling
atau tidak menghormati beliau atau tanpa sebarang alasan pun’. Seorang banduan
pula dikenakan tahanan selama tiga hari hanya memandang keluar tingkap, seorang
lagi hanya menyimpan sebotol air panas dalam biliknya, seorang pula menerima
lima hari tahanan kerana menyimpan tali yang digunakan untuk mengikat barangan
beliau dalam kotak ketika proses pemindahan beliau ke kem lain. Sebagai
tambahannya, penalti kerana tidak menghormati pegawai German adalah tiga hari
dalam kurungan.
Jenayah Niemeyer bukan hanya sebagai seorang Perusian yang
sombong, nampaknya, dia juga menjadi seseorang manusia kelas bawahan!William
Leefe Robinson, juruterbang muda yang menjadi hero bagi British dan memenangi
Anugerah Victoria Cross kerana menjadi orang pertama yang menembak jatuh German
Zappelin, menghadapi saat sukar berhadapan dengan kem yang dianggapnya sebagai
sekolah umum yang keras. Robinson dibawa ke Holzminden pada 13 Mei 1918 dan
kerana kemasyurannya dalam peristiwa Zappelin itu dia menjadi subjek untuk
segala layanan kasar. Sebelum
ketibaannya, Niemeyer mengejek kepada banduan2 yang lain dengan mengatakan
bahawa ‘English Richthofenn telah datang’. Robinson gagal dalam percubaannya
untuk melarikan diri bersama Kapten W.S. Stephenson dan mereka kemudiannya
dengan segera ditangkap dan Niemeyer dengan perasaan marah yang tidak terkawal
menyumpah Robinson kerana menyebabkan kematian Komanden Zappelin Wilhelm
Schramm, yang dianggapnya sangat mengenali beliau. Bermula dari situ, Robinson
selalu menjadi mangsa buli walau dengan apa cara sekalipun dan berterusan mencari jalan
untuk memenjarakan Robinson walau tiada alasan kukuh.
Di samping itu, dalam beberapa keadaan, Niemeyer pernah
mengarahkan pengawal2 beliau membuat tembakan secara terbuka, pengakuan dari
banduan, “Beberapa banduan yang berada di tingkap atas bangunan telah melihat
keluar padang, dan saya tidak tahu samada mereka ketawa atau apa saja, tetapi
tiba2 Niemeyer mengarahkan tenteranya menembak kepada banduan2 tersebut tanpa
sebarang peringatan. Dia menganggap banduan2 tersebut mengejeknya”.
Bercakap soal pemakanan dan minuman yang terdapat di kantin
kem tersebut, arak yang kurang kualiti dipanggil mereka ‘Clouded wine’ dijual
di kantin dengan sebelas atau 12 mark sebotol, padahal harga sebenar wine
tersebut adalah tiga atau 4 mark sahaja. Itu menimbulkan rasa tidak puas hati
kepada Kapten Douglas Lyall Grant, yang merupakan pembeli tetap produk
tersebut, yang menulis dalam diarinya, tiada yang lebih kurang dari SKANDAL.
Clouded wine tersebut dijual tanpa nama brand dan kualitinya adalah sangat
tidak masuk akal, yang mana wine itu hanya layak untuk menjadi minuman sinki.
Satu dokumen yang telah ditampal di papan notis kem menyatakan pada 1915 Army
& Navy Stores Wine List membuktikan bahawa minuman itu secara
kasarnya telah dicaj secara berlebihan dan dalam tempoh tiga bulan jualan 100
botol wine untuk satu hari, seseorang lebih tahu – telah menjadi duit poket
untuk 36,000 Mks untuk 9,200 botol arak.
Makanan yang dibekalkan kepada banduan2 boleh dikatakan
lebih buruk dari makanan babi, di sediakan dalam cara yang ‘tidak boleh
dimakan’. Sarapan bermula pada pukul 8 pagi dan terdiri dari roti hitam masam
dan kopi barli bakar, tanpa gula dan susu. Makanan tengahari adalah pada 12.30,
‘mereka memanggilnya sebagai sup – air dengan beberapan sayuran di dalamnya
dan pada Ahad pula, diletakkan sedikit daging kuda. Sup itu bertukar warna
tetapi bukan pada rasa dan boleh diterangkan sebagai satu pes yang sangat
meloyakan, yang dibuat dari barli, beet stew atau apa saja sayuran yang ada
di tangan mereka, yang paling kerap
adalah turnip, atau beberapa pilihan sup berminyak. Makan malam pada 6.30 juga
disediakan sup, walaupun bertukar warna tetapi tetap juga tiada rasa, satu
hidangan kecil kubis merah masam dan lebih stew beet.
Berbeza dengan awal operasi Holzminden, mereka mempunyai
pelbagai pilihan makanan yang boleh dikatakan agak mewah, kepingan ikan atau
daging, kadang2 sedikit cincangan sosej German dalam sup mereka. Seorang
bandunan mengingati mereka memakan sup yang diletakkan potato dalamnya, sedikit
kepingan ikan dan daging. Hari2 tertentu mereka akan menikmati sauerkraut,
iaitu sejenis kubis yang dibuat jeruk, kadang2 sup barley yang mana banduan
akan menyimpannya untuk sarapan keesokkan harinya. Kadang2 mereka mendapat
protin dari daging kuda, kepala kerbau, lengkap kecuali kulit dan telinganya,
dan separuh dari kepala kuda, berserta denga matanya, akan dicampakkan ke dalam
sup untuk dimasak. Namun, pada pertengahan 1918, walau sumber2 protein yang
meragukan tidak didapati dan sup
banduan2 hampir secara ekslusifnya mengandungi kulit turnip yang kering
yang hampir sama dengan kepingan kayu, dicincang seperti habuk kayu dan
dicampurkan dengan air panas. Segala aduan berkenaan dengan kualiti dan
kuantiti makanan yang dibekalkan akan mengikut sepertimana standard kritik
Niemeyer, “Semua pegawai yang membuat aduan berkenaan makanan dalam surat
mereka akan diberikan beberapa hari hukuman tahanan dalam lokap”.
Lebih memburukkan keadaan, import German terhadap makanan,
baja dan kelengkapan pertanian telah disekat dan kekurangan bahan api dan
pengangkutan dengan kekurangan tenaga kerja yang bekerja di ladang2 dan lebih
ramai daripada mereka dipaksa menyertai tentera, menjadikan kekurangan makanan
bertambah buruk sejak musim sejuk 1916-17 yang dikenali sebagai musim sejuk
lobak putih oleh rakyat German, sejak mereka tiada makanan untuk keperluan sendiri.
Pada akhir 1917 dan awal tahun 1918 kekurangan mencecah kepada titik krisis.
Walaupun hampir sejuta banduan perang dan pekerja asing yang bekerja sebagai
buruh paksa di ladang2 German, mencuba meningkatkan pengeluaran, namun,
produktiviti yang rendah seperti tenaga kerja yang enggan melibatkan diri,
kekurangan pengurus yang berkelayakan untuk mengarahkan usaha mereka dan
kekurangan kronik baja, bahan api dan pengangkutan, membawa kepada peningkatan
yang sedikit dalam bekalan makanan.
Namun, dalam situasi setengah banduan biasa atau orderlies
menghadapi krisis kekurangan makanan, berbeza dengan banduan pegawai2,
sekurangnya mereka dibenarkan menerima parcel dari kampung halaman mereka
tanpa dipintas dan dicuri dalam kuantiti banyak – hidup penuh bergaya yang
menimbulkan kemarahan kepada yang bekerja keras dan juga kepada pengawal2 dan
orang2 tempatan juga, yang mana terpaksa menyekat perut untuk menjimatkan
makanan. Salah seorang darinya adalah Kapten Douglas Lyall Grant, menerangkan
beliau bersarapan dengan krim dan buah, Bubur, Ikan, Sosej, Bacon, Tomato,
berbagai daging dan ayam, Toast, Mentega, Jam dan Marmalade yang kesemuanya
adalah dari parcel yang beliau terima.
Walaupun Grant dan beberapa pegawai menikmati hidup yang menyenangkan
dari semasa ke semasa, ramai lagi banduan2 yang kurang bernasib baik dan
kebanyakan mereka hampir kekurangan zat. Kebanyakan banduan mengalami penurunan
berat badan dan kurang khasiat, hampir kepada kebuluran, namun yang memberi
sedikit cahaya kepada mereka adalah kiriman parcel dari England iaitu dari
Persatuan Palang Merah, yang mana mereka akan mengumpulkan parcel untuk enam
orang dan berkongsi sama2. Tanpa kiriman tersebut, mereka akan kelaparan atau
mati disebabkan oleh kesakitan kerana kekurangan nutrisi.
Mengimbau sejarah penubuhan Persatuan Palang Merah dan Bulan
Sabit, ianya telah ditubuhkan pada 1863, oleh seorang ahli perniagaan
berkarisma dari Swiss, Jean-Henri Dunant. Dalam tahun 1858, pada usia 30 tahun,
beliau telah berpindah ke daerah tanah jajahan Perancis di Algeria dan
menubuhkan syarikat pengeluaran pengilangan tepung. Apabila percubaan beliau
untuk membeli tanah bagi mengusahakan tanaman gandum menemui kekecewaan dengan
pengawal penjajah, Dunant bertindak mengembara ke Paris untuk menyerahkan
petisyen kepada Napoleon III. Beliau mendapati maharaja tersebut berada di
Lombardy, mengetuai pasukan tenteranya dalam pertarungan terhadap askar
Austro-Haungarian yang diketuai oleh Maharaja Franz Joseph, Dunant mengembara
ke sana sendirian. Apa yang dia lihat di situ, mengubah kehidupannya. Dia tiba
pada Jun 1859, serta merta selepas pertempuran di Solferino. Pasukan
Austro-Hungarian telah berlalu tetapi walaupun kemenangan yang dimiliki oleh
tentera Perancis, mereka membayar harga yang amat dasyat. Ramai di antara
mereka mengalami cedera parah hanya ditinggalkan di kawasan pertempuran itu dan
dibiarkan sehingga mati, tetapi walaupun seramai sembilan ribu orang yang
dibawa untuk dirawat di Bandar Castiglione
itu, hanya enam doctor tentera yang terlibat menanganinya.
Terkejut dengan keadaan itu, Dunant telah menulis polemic,
Un Souvenir de Solferino. Dia menerangkan akan kejadian ngeri yang dia saksikan
dan sikap acuh tak acuh komanden2 tentera menyebabkan penderitaan kepada askar2
mereka, dan cadangan mewujudkan sesuatu yang boleh memberi suasana aman dan
senyap, semangat dan penumpuan serta semestinya sukarelawan yang layak untuk
menyediakan dan memberi penjagaan yang rapi ke atas mereka yang tercedera dalam
masa apapun peperangan. Diterbitkan pada 1862, buku beliau menjadi sensasi, dan
pada Februari 1862, Dunant, dengan seorang juri Swiss yang cemerlang, Gustave
Moynier dan tiga lagi lelaki, menubuhkan persatuan bantuan di Geneva, memilih
lambang palang merah berlatarkan putih. Pada tahun berikutnya 1864, beliau dan
rakan2nya mengendalikan Konvensyen Geneva yang pertama, yang mana seluruh
delegasi yang terdiri dari ketua2 yang berkuasa bersetuju mengikhtirafkan
status perkhidmatan perubatan dan bagi yang tercedera di medan perang, menerima
Palang Merah lambang kepada simbol keamanan sejagat.
Walaupun fokus utama Palang Merah sentiasa menyediakan
penjagaan perubatan, organisasi itu juga badan yang diiktirafkan untuk merekod
nama2 yang tercedera dan hilang, dan sebagai tambahan, tahanan perang. Dalam
Peperangan Perancis-Prusia, badan yang bertempat di Berlin dan mempunyai
kakitangan seramai sebelas sukarelawan menangani enam puluh ribu pertanyaan
berkenaan kehilangan tentera Perancis dan mengendalikan 186,000 surat kepada
dan daripada banduan2 perang. Pejabat di Tokyo juga ketika Perang
Russo-Japanese 1902, memberi penerangan ke atas 70,000 banduan2 perang dan
juga menyelia mereka dengan kejujuran yang benar2 teliti, memulangkan barangan
peribadi yang ditemui pada tentera yang terkorban, termasuk lebih satu juta yen
dan dua juta Rubles.
Versi Palang Merah British telah ditubuhkan pada Julai 1870,
berikutan perang antara Franco-Prussian dengan kesemua pembantu yang berada
dalam ketakutan. Membenarkan rakyat Britain menubuhkan British National Society
for Aid to the Sick and Wounded in War, dan beroperasi di bawah undang2
Konvensyen Geneva, mereka memberi bantuan perubatan dan bantuan kepada kedua
belah pihak dalam perang tersebut dan kepada beberapa bilangan konflik lain yang
terlibat. Persatuan itu secara rasmi ditubuhkan sebagai Palang Merah British
pada 1905 dan dianugerahkan sebagai Royal Charter pertama pada 1908 oleh Raja
Edward VII dan Permaisuri Alexandra, yang menjadi presiden persatuan itu.
Persatuan Palang Merah juga banyak terlibat dalam memberikan
ketenangan dan sokongan moral kepada banduan perang dan keluarga mereka.
Seksyen British di Palang Merah Geneva mempunyai kakitangan seramai 80 orang
dan bekerja 24 jam sehari semalam. Mereka dibahagikan kepada empat bahagian;
pertama, berurusan memberikan penerangan berkenaan Tahanan Perang dan
menyampaikannya kepada keluarga mangsa;kedua, menguruskan penghantaran parcel,
surat menyurat dan wang; ketiga, melakukan pemeriksaan dalam Kem Tahanan
Perang, dan yang terakhir, mengendalikan penghantaran pulang dan menyeliakan
kebajikan dalaman yang bertempat di Negara aman seperti Swisszerland dan
Netherlands. Kad yang standard mesti dikenakan ke atas semua askar Tahanan
Perang dengan mengisi nama, pangkat, alamat rumah dan segala info berkenaan dengan
kem penjara yang mereka akan
ditempatkan. Sehinga akhir perang, Seksyen British sendiri telah memproses
setengah juta dari kad ini.
Sebagai tambahan menyediakan, membungkus dan pembahagian
parsel makanan untuk Tahanan Perang, kedai2 yang diiktiraf seperti Harrods,
Selfridges dan The Army & Navy Stores – yang mana parsel yang telah di
bungkus dan dihantar dan disediakan untuk pengangkutan barangan tetapi tidak
boleh dipercayai melalui perkhidmatan pos secara biasa, maka. Palang Merah akan
mengambil alih tugas tersebut dan menyerah tugas kepada sukarelawan organisasi
untuk berurusan sendiri dengan Tanahan Perang, memberi kewangan dan lain2
bantuan, yang mana diperlukan, kepada kumpulan tempatan dan pertubuhan
penjagaan rejimen. Meskipun dalam usaha
yang terbaik dilakukan oleh Palang Merah, tidak semua parsel akan sampai kepada
penerima. Mereka menerima aduan yang kerap bahawa parsel mereka telah dicuri
oleh pengawal German, dengan tin biskut, kopi dan tobacco yang paling kerap.
Palang Merah menganggarkan dalam kadar empat dari lima parsel hanya sampai
kepada target penerima, tetapi bahawa anggaran itu adalah keseluruhan kem
Tahanan Perang di German dan sedikit darinya termasuk Holzminden, bahagian yang
lebih rendah. Makanala ramai banduan tidak menerima makanan yang disertakan,
sebahagiannya mempertimbangkan bahawa askar German telah dengan selesanya
memakan sebahagian dan sisa makanan akan dihantar kepada banduan perang. Banduan
di Holzminden yang membuat aduan kecurian dari parsel mereka akan mendapati diri
mereka kesudahannya berada dalam penjara.
Dalam beberapa keadaan, Niemeyer mengambil pisau lipat
beliau dengan diperhatikan oleh banduan perang akan mencincang peha babi dan
lidahnya, akan meninggalkan bahagian yang dikehendakinya kepada banduan. Jeneral Von
Hanisch memesan kepada salah seorang pengawal pemeriksa, beliau tidak mahu yang
sampai kepada banduan berupa sesuatu yang di dalam tin, kertas atau bungkusan
tali atau apa sahaja, kecuali yang sudah terdedah, iaitu yang berupa sisa
makanan. Beliau kemudiannya, dengan pisau ditangan beliau telah mencarik2,
merobek dan mencincang segala makanan tersebut berkali2 dengan menggunakan
pisau yang sama tanpa dicuci atau dilap, kemudian mencampurkan kesemua, dan
meninggalkan hanya untuk kegunaan sahaja.
Para banduan, walau pun berdepan dengan persimpangan antara
hidup dan mati, untuk banduan yang tidak mempunyai pangkat yang tiada parsel
makanan untuk dituntut, roti kering yang dibekalkan kepada mereka, diibaratkan
sebagai roti kelas keempat, disertai dengan habuk, daripada memakannya,
kebanyakkan mereka menyimpannya untuk dijadikan sebagai bahan bakar pemanas
api.
DEMAM KAWAT BERDURI
Makanan yang teruk dan taraf penempatan yang sengsara adalah
fakta kehidupan yang harus dilalui oleh setiap penghuni Holzminden, yang jauh
khabar dari rupa, namun factor kebosanan juga menambah sengsara bagi mereka
yang mereka gelar sebagai ‘demam kawat berduri’, yang mana mengantikan energy mereka
kepada hilang pengharapan. Mereka jauh dari kehidupan social di luar kawat
berduri itu, hanya mengetahui berita melalui pengawal2 German terutama
perkembangan berkenaan perang dan kejayaan atau kekalahan yang menyakitkan
hati. Setiap petang seorang pegawai pasti akan menayangkan edisi petang surat
khabar dan kemudiannya melekatkan pada papan notis – yang mana salah satunya
mereka mengetahui berkenaan pengambilan Bapaume dan 15,000 banduan yang
lainnya. Berita yang disebaliknya atau kemenangan yang banyak memakan korban
seperti pada November 1917, apabila pertempuran ketiga berdarah Ypres yang mangsanya
tertanam banyak dalam lumpur sekitar perkampungan Passchendaele - satu nama yang selepasnya menimbukan rasa
tidak senang dalam ketakutan kepada veteran perang – menambahkan perasaan
pengasingan dan kemurungan. Sepanjang penahanan di Holzminden, seorang penyair
F.W. Harvey begitu taksub mengatakan bahawa ianya bukanlah kerana kekuatan
fisikal tetapi kekurangan tujuan darinya, kebosanan mengerikan yang menyakitkan
hati. Para banduan juga merasakan perasaan malu dengan penyerahan kalah mereka
dan menjadi tawanan, yang sepatutnya mereka berjuang sehingga mati, dan ini
menyumbang kepada tekanan perasaan. Sesetengah banduan merasa terpencil dengan
watak diri mereka, kekurangan kenikmatan social, menambah risiko tekanan dan
juga mengakibatkan bunuh diri.
Banduan2 akan mencari jalan untuk menghilangkan kebosanan
seperti dengan bersukan. Walaupun bukanlah permainan yang sempurna namun cukup
bagi melepaskan ketegangan. Mereka menjadikan sukan bola sepak sebagai rekreasi
yang popular, walau ruang yang diperuntukkan hanyalah sebuah bilik kosong.
Kapten Jack Shaw diberi penghormatan menjadi setiausaha kepada perlawanan
bolasepak kem, yang mana melibatkan pegawai dan orderlies. Sukan membantu
banduan2 mengekalkan stamina dan menambah baik bagi moral mereka, tetapi
diharamkan oleh Niemeyer setelah lampu arca secara tidak sengaja pecah,
walaupun banduan2 yang terlibat telah membayar kerosakan tersebut dengan wang
mereka sendiri. Banduan yang kurang bertenaga akan bermain permainan sukan kad.
Selebihnya akan berjalan sekitar penjara, mengambil sedikit masa, sesuatu yang
lebih baik dari mereka yang cuma menghabiskan masa di katil dan tidak melakukan
apa2.
Sebuah perpustakaan yang mengandungi lima ribu buku yang
terkumpul dari parcel yang dihantar oleh keluarga banduan serta Palang Merah,
dan seorang banduan mengatakan bahawa beliau membaca setiap buku2 tersebut bagi
menghilangkan kebosanan. Mereka juga terlibat dengan kem orkestra,
dikendalikan oleh Italian Count di Balme, dengan Vernon Combs sebagai double
bass dan Reverand Bernard Luscombe – walau beliau kini bukan lagi seorang yang
terhormat, sebagai cello dan beberapa lagi instrument. Ahli orkestra membeli
sendiri alat2 instrumen dengan menggunakan gaji yang dibayar oleh pihak
penjara.
Tingkat kedua bilik makan dalam Kaserne B digandakan sebagai tempat konsert, dewan
kuliah, gereja atau teater, mana2 yang diperlukan. Produksi teater dan revue
kerap mementaskan persembahan di situ,
yang lebih memfokuskan kepada persembahan berbentuk komedi, dan ianya menjadi
popular, boleh menghilangkan kesengsaraan banduan buat seketika. Meja makan
disusun dan dijadikan sebagai pentas. Produksi telah mementaskan di Pusat Teater
Holzminden, termasuk kisah Home John, The Crimson Streak, The Just Impediment,
An Irish Sketch dan The Pigeon, dan banduan juga memainkan kisah berkenaan
Krismas, Sleeping Beauty. Orang2 German tidaklah kerap datang ke konsert tetapi
mereka datang menyaksikan konsert tersebut -
malah seorang komanden di kem penjara Trier datang membawa anak
perempuannya menonton bersama beliau. Mereka ketawa mendengar jenaka itu namun
mereka tidak mampu mengerti di sebalik maksud jenaka di dalamnya.
Kostum yang berkaitan dengan konsert dan kisah dalam konsert
itu direka – dibenarkan di bawah perjanjian bahawa item daripada setiap kostum
itu tidak boleh digunakan untuk percubaan sebagai melepaskan diri – dengan lelaki
memainkan peranan sebagai seorang wanita, dengan seorang banduan menerangkan
bahawa peranan wanita itu sangat mengiurkan, sebelum disangkal oleh para
banduan bahawa tiada tingkah laku homoseksual berlaku di kem.
Di antara aktor amatur tersebut adalah James Whale, seorang
leftenan dengan rejimen infantry dan seorang banduan di Holzminden selama 15
bulan. Dia menghabiskan masa di situ dengan melakukan kerja2 seni, membuat
rekabentuk dan melukis pemandangan dan terlibat juga dalam penulisan material. Dia
mengatakan bahawa beliau melakukan gimik, di Holzminden, yang mana persembahan
beliau sangat popular. Dia juga melukiskan potret rakannya dengan menggunakan
arang dan bermain permainan yang berkepentingan tinggi dan memenangi banyak
wang sehingga empat ribu pound apabila beliau kembali semula ke England selepas
perang. Di England, beliau kemudiannya mengarahkan Journey’s End untuk
pementasan di London, yang memainkan kisah berkenaan Perang Dunia Pertama,
dengan dibintangi oleh aktres berumur 21 tahun, Laurence Olivier, kemudiannya
menjadi kejayaan global untuk beliau.
Comments
Post a Comment