Freemason : Mason

Sejak kebelakangan nama Freemason sangat popular. Ia memang dikenali berabad-abad lamanya di negara barat terutama United Kingdom, tempat bermulanya sejarah Mason, tapi kini menular di Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini,  setelah pendedahan berterusan tentang kegiatan pertubuhan ini,  yang bersabit dengan aktiviti keagamaan, tak lain tak bukan, Yahudi. 

Tapi apa freemason ini?  Dan siapa orang-orangnya? Bagaimana ia mula-mula wujud? Mason sentiasa menganggap bahawa mereka adalah berbeza daripada manusia-manusia lain. Memang begitulah Yahudi sedari awal,  sentiasa menyangka mereka istimewa dan mendapat kelebihan Tuhan. Worked life mereka ini ialah membina bangunan-bangunan daripada batu, dalam erti kata lain mereka sinonim dengan pekerjaan berat. Salah satu yang terkenal hasil dari binaan orang2 Mason ialah London Bridge. London Bridge yang asalnya diperbuat daripada kayu sebelum ianya dimusnahkan pada 1176, yang kemudiannya dibina kembali menggunakan batu. Pembinaan Bridge mengambil masa agak lama,  siap pada 1209 dan bertahan sehingga 623 tahun lamanya, sebelum dirobohkan pada 1832 untuk dibina kembali bagi memudahkan kapal2 besar yang wujud pada abad ke 19 lalu-lalang di bawahnya. 

Disamping itu kebanyakkan masyarakat ketika itu percaya bahawa ketika pembinaan kali kedua Bridge itu oleh Mason, seorang gadis telah dikorbankan dengan mengambuskannya hidup2 pada dinding salah satu column stone,  dengan tujuan meredakan kemurkaan Tuhan dan mendorong mengelakkan jambatan itu runtuh atau rosak akibat dari angin terlalu kencang dan banjir. Namun,  Mason menafikannya dan ianya adalah satu pembohongan dari banyak2 pembohongan yang disebar dan menjadi kepercayaan orang ramai lebih dari 800 tahun sehinggalah pada 1999. 

Pekerja yang berkemahiran ada dua jenis,  pertamanya kerja berat, iaitu kerja dengan batu2 yang keras dan berat yang mana kebanyakkan pada pembinaan gereja. Keduanya, Masons yang berkemahiran tinggi,  iaitu mengendalikan batu2 yang lebih lembut didapati banyak diantara Dorset dan Yorkshire dan juga mana2 negara di Eropah.  Ianya digelar 'free stone,  dan pekerja Mason yang mengendalikannya digelar 'free stone masons',  bermula dari itu disingkatkan menjadi Freemasons. 

Masons ini usually akan membina satu lodge berhampiran dengan tempat mereka bekerja,  bertujuan untuk meletak dan menyimpan barang2 kelengkapan pekerjaan,  tempat berehat pada waktu rehat yang dibenarkan, makan malam,  tapi bukan untuk tidur dan tempat tinggal. Mereka akan menyewa satu bilik lain dalam lodging lain di bandar dan selalunya akan tinggal di sana beberapa tahun, sehingga kerja2 selesai. 

Kemahiran tenaga mereka amat diperlukan dengan meluas dan mereka akan merantau keseluruh tempat. Mereka ini dijemput dan ditawarkan pekerjaan,  dan mereka bukanlah datang sebagai seseorang yang tidak mempunyai pekerjaan yang mencari kerja. Oleh sebab itu,  mereka sentiasa ada peluang yang lebih baik untuk memilih. Tapi ini tentunya mendatangkan masalah kepada majikan. Bagi mengelakkan situasi itu terus berlaku,  majikan memcuba mengenakan satu terma dalam kontrak pekerjaan bagi mengelakkan mereka daripada meninggalkan kerja yang belum siap apabila mendapat tawaran lebih baik.  Tetapi,  masons selalunya memang tidak akan bersetuju dan mengingkari kontrak tersebut. 

Zaman Medieval Eropah adalah zaman di mana perlaksaan disiplin dan undang2 yang sangat ketat. Dan ini tidak terkecuali persatuan yang terdapat dalam Mason juga, persatuan ini dikenali sebagai The Charges. Masons harus mematuhi prinsip2 dalam disiplin iaitu :-
(a) Tugas kepada Tuhan
(b)  harus percaya kepada dotrin Gereja Katholik
(c)  menolak bidaah atau khabar2 angin
(d) patuh kepada Raja selepas Tuhan,  dan seterusnya mengikut keutamaan seperti Tuan, Majikan, Tuan Mason
(e) tidak khianat kepada rahsia Tuan
(f) tidak menggoda wanita2 dalam keluarga Tuan dan termasuk orang2 gaji
(g) tidak berterusan berselisih-faham dengan Tuan, atau anggota freemason lainnya walau ada rasa tidak puas hati dengan sesuatu perkara
(h)  tidak terlibat dalam salah laku moral seperti perzinaan
(i)  tidak berjaga sehingga lewat selepas pukul 8 malam dengan melawat rumah2 pelacuran dan tidak bermain kad melainkan pada Hari Ke-12 Krismas. 

Tidak semua Masons dan majikan mereka akan patuh pada undang2. Dalam diam2 mereka membuat satu perjanjian sulit yang mana Mason akan dibayar lebih dari 6 pence sehari, di mana ianya sangat berpatutan terutamanya pada yang berkemahiran tinggi, walau mereka berdepan dengan risiko keadaan melanggar undang2. Mason sendiri menubuhkan satu union yang mana setiap ahli bersetuju bahawa mereka tidak akan bekerja jika upah dibayar tidak setimpal. Union ini adalah tidak sah dari segi undang2, maka setiap keputusan dan perjumpaan mereka harus disimpan sebagai sangat rahsia. 

Undang2 yang memperuntukkan upah maksimun untuk masons dengan meluasnya tidak diperdulikan lagi dan hampir menjadi tidak laksanakan lagi dan kebiasaannya tiada percubaan serius untuk melaksanakannya. Hasil dari union illegal ini lahirnya mereka yang dianggap terlalu kaya pada masa itu iaitu Henry Yeveley between 1356-1399, William Wynford dan Richard Beke,  Ketua mason London Bridge dari 1417-1435.

Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah