Pengajaran Dari Kitab Alhikam 1

Kita manusia adalah lemah melainkan manusia yang telah sampai kepada tingkatan taqwa. Jalan ke situ memang berliku, cuma jiwa yang kental mampu mengharunginya..


Orang2 sabar itu :-
- tidak rasa cukup akan amalan mereka
- tidak merasa bersih dari kekurangan
- tempat pengaduannya hanya kepada Allah
- menerima dgn tenang qadha n qadar
- jauh dari segala pujian manusia
♥ sabar ketika ujian. Syukur ketika nikmat. Sabar itu tinggi darjatnya.
♥ kita mencintai diri tapi itu milik hawa nafsu
♥ kita mencintai roh padahal itu milik Allah
♥ kita mencintai harta tapi itu milik waris keturunan
♥ mati itu adalah satu kesakitan yang besar
♥ bersihkan hati dari buruk sangka akan qadar Allah
♥ teguhkan iman dalam menerima qadha n qadar dgn perasaan kehambaan. 
♥ Allah ada urusanNya setiap hari
♥ jgn fikir jika tidak berdoa maka niat kita tidak sampai kepada Allah kerana ini hilangkan percaya kepada Allah.
♥ setiap hamba yg berjalan kepada Allah akan melintasi makam2 tertentu. Maka jgn berhenti melainkan terus berjalan. Kerana mengikut ilmu tasawwuf itu adalah hijab. Mohon pertolongan Allah.
♥ begitu juga jika terdapat darjat yg dikurniakan maka lepaskanlah. 
♥ Fokus tujuan hanya kepada Allah jalan terakhir. Jalan perkenalan dgn Allah tanpa hijab.
♥ menyerahkan diri pada setiap kehendakNya.
♥ istiqomah kepda ketentuanNya.
♥ apabila hamba redha maka Dia akan berikan nikmat tersembunyi untuk membahagiakan hamba itu.
♥menunda waktu beramal menjauhkan diri daripada keyakinan.
♥kebahgiaan yang hakiki adalah tawakal dan kembali kepada Allah
• menyerahkan keseluruhan segala maksud dan cita2 kepada Allah untuk menentukan samada baik atau buruk
• Allah menyintai hambaNya yang selalu bertawakal.
• mengejar sesuatu jangan bersandarkan kepada kekuatan dan kemampuan diri sendiri
• berusaha dengan tekun tanpa melupakan bahawa Dia yang akan menentukan usaha itu berjaya atau tidak
• doa dari Surah Al Isra' - 80: Ya Tuhanku! Masukkan aku pada tempat yang benar dan keluarkanlah aku pada tempat yang benar pula. Jadikanlah bagiku dari sisiMu kekuasaan yg dapat memberikan pertolongan.
♥ sebahagian tanda kejayaan pada amal dan cita2
• kembali kpd Allah pd permulaan sesuatu. Niat dan mohon bantuan Dia dipermudahkan urusan.
• cemerlang kesudahan kerana cemerlang permulaan.
• keinginan seorang hamba terhadap alam ini dilupakan demi dahulukan hak Allah maka dia mendapat kemenangan dan kebahagiaan di akhirnya.
• waktu yg dimanfaatkan ilmu yang disampaikan walau ilmu dunia dan dipenuhi dgn ibadat dan taat adalah manusia cemerlang. 
• makhluk manusia terbahagi kpd 4:-
■dijadikan Allah untuk berkhidmat kpdNya dan ahli syurga ; para Nabi, Waliyullah, almukmin dan alsolihin.
■ tidak dijadikan untuk berkhidmat kpdNya tp mengisi syurgaNya ; org kafir yg beriman diakhir hayatnya dan org islam yg bermaksiat bertaubat akhir hayatnya.
■ dijadikan bukan untuk berkhidmat dan bukan pula ahli syurga ; org2 kafir dan kufur
■ dijadikan berkhidmat untukNya tapi tidak mendapat syurga ; org soleh yg akhir hayatnya suul khatimah.
♥ lahiriah adalah tanda bagi keadaan batiniah
● kebaikkan lahiriah dan batiniah cermin kepada pancaran wajah
● rahsia Allah yg dikurniakan pd manusia tetap rahsia tiada sapa yg tahu walaupun malaikat tapi lahiriah manusia yg akn ungkapkannya
● taufik dan hidayah adalah hak Allah
♥tahap manusia mengenal Allah :-
●yakin dgn sebenar-benarnya kewujudan Dia
●mengenal alam dan ciptaanNya kerana dia lebih dulu kenal Allah
●tahap org2 yg masih mencari dan berjalan kpd Dia dan hati masih tahap lemah
♥ dua perjuangan yg harus dilalui :-
● mujahadah - melawan nafsu luaran dan dalaman
● perbaiki hati - mengubat hati dgn ibadah;
■ baca Alquran dgn tadabur
■banyakkan puasa atau kurangkan makan
■perbanyak solat sunat waktu malam bermula maghrib hingga terbit fajar
■taubatan nasuha
■persahabatan dgn para ulama akhirat n org baik2
■jauhi haram dan syubhat tanpa was2
♥ fikiran akan tenang jiwa pun tenteram. Dengan Allah kita dekat dgn manusia kita baik. Kebahagiaan hakiki. 
♥sifat pemurah adalah ciri khas hamba Allah
♥pemurah dgn jiwa raga untuk agama dan perikemanusiaan
♥pemurah kepada agama (rujuk kisah Dzun Nun)
♥pemurah dgn dunia (rujuk kisah Imam Assyafie)

Kisah Dzun Nun

Suatu hari Dzun berjalan2 di gunung Antokia Turki dia bertemu dgn seorang wanita yg berjubah wool. Kelihatannya seperti perempuan gila lalu dia ucapkan salam padanya. Wanita itu menjawab salam dan mengecam akan Dzun lantas berkata dia mengenal Dzun disebabkan kenal-mengenalnya cinta terhadap yg dicintai. Lantas wanita itu bertanya kepada Dzun apakah yg dimaksudkan dgn pemurah. Dzun menjawab, "Pemurah adalah memberi tanpa imbalan jasa yg sifatnya lahiriah". Wanita itu berkata bahawa itu adalah dalam ukuran dunia namun apakah dalam ukuran agama? Dzun menjawab: "Bersegera dalam mentaati Tuhan seru sekalian alam". Wanita itu berkata :"Kalau begitu apabila tuan segera mentaati Allah, tentu Allah melihat hati tuan dan tuan jgn ada maksud apa2 daripadaNya." Kemudian wanita itu pergi.
Dzun merintih:"wahai diri sesungguhnya aku meminta kpd Allah sesuatu sejak 20 tahun kalau aku takut menerima upah yg tidak baik dimana beramal itu mencari upah. Tapi sekarang aku beramal ikhlas kerana Allah.

Kisah Imam Assyafie

Sewaktu Imam kembali dari Yaman sebagai seorang guru besar, beliau singgah ke Mekah. Beliau dihadiahkan banyak wang emas. Ramai mencadangkan beliau membelikan barangan berharga tp beliau tidak memperdulikannya. Sampai di perbatasan Mekah dan Yaman di luar kota beliau mendirikan khemah kecil dan setiap fakir miskin yg dtg kpd beliau, beliau genggamkan pd setiap tgn mereka wang2 tersebut dari pagi sampai waktu zohor dan habislah semua wang tersebut. Kenapa beliau lakukan begitu? Kerana beliau teringatkan pesanan ibunya bahawa apabila dia masuk Mekah sedangkan padanya ada wang meskipun satu sen ibunya tidak akan menerimanya. Maksud ibunya ialah jangan dunia yg dipersembahkan pd ibunya tetapi ilmu dan amal yang harus dibawanya. Ibunya, seorang wanita zuhud yg ketika mudanya juga adalah seorang wanita yg benar2 menjaga diri dari haram dan syubhat dan wanita cantik dan berseri, adalah hasil warisan moyangnya iaitu Muhammad bin Abdullah atau Nabi Muhammad. Ibunya adalah keturunan dari sebelah Hassan R.A. 

Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah