Kekuatan Kesan Rama-Rama (Butterfly Effect) pada Kesimbangan serta Impak Pada Kehidupan Manusi

Pada 1961, a meteorologist name Edward Lorenz sedang mengkaji berkenaan dengan amaran awal ramalan cuaca. Bagaimana untuk diketahui ketidak tentuan cuaca yg sering berlaku yang kadang2 tanpa tanda2 jelas seperti tornado dan storm.

Apabila dia mengira pada kiraan matematik untuk menjimatkan masa dia memendekkan bacaan selepas titik perpuluhan kepada tiga angka sahaja. Sesuatu yg menakjubkan berlaku apabila diprintout didapati gelombang tersebut membentuk seperti sayap rama2. Hasil yg diluar jangkaan. So di sini kita boleh kaitkan dgn kekuasaan Allah. Sabar. Then dari situ dia mengkaji dan melalui beberapa ujian, di situlah mulanya teori ini diperkenalkan. Kesimpulan, ramalan telah ditakdirkan berlaku. Samalah kita umat islam believe everything is created long ago azali di Luh Mahfuz BUT everything can change with doa and usaha manusia itu sendiri. Dan teori ini menerangkan bahawa walau ramalan itu mungkin telah ditakdirkan tetapi kita mampu mengelakkan sesuatu yg lebih dasyat dan besar hasil ramalan yg telah ditakdirkan itu. Faham tak? Ni bahasa paling santai dah ni..macam Husaini Salleh dari Blog Catitansantai tu (link ke blog dia ada kt blog ni). Iaitu dengan pergantungan kepekaan kepada keadaan awal. Pemerhatian kepada tanda2 awal mampu mengelakkan kesan yang besar. Maka, inilah makna sebenarnya butterfly effect-perubahan kecil dalam sistem yang komplek akan memberi kesan atau impak yang besar pada tempat atau suasana lain.

Saya tertarik dgn teori time travel yg menggunakan teori butterfly ni. Saintis barat percaya yang apabila kita tembus ke black hole or time holes everytime ia tidak akan sama depends on how we change the history. Ok. I know teori ni memang susah hendak difahami kecuali yg memang pakar dlm bidang sains ni especially meteorology. Now saya tak akn masuk or kaitkan lagi dengan ilmu akhirat dan quran selagi belum habis huraian dalam sains.

It is about time travel. Kita gunakan teori butterfly. Contoh, kita dah tau peristiwa berdarah 13th of May 1969 and set time to go there. That westeners percaya yg ada satu mesin juga yg boleh bawa someone ke masa silam just untuk org tertentu saja dan mereka percaya yg kita boleh mengubah kejadian.ok. Then, kita ubah punca penyebab kejadian tu atas sebab kecil sahaja dan dari situ kejadian amukan mampu dielakkan. Faham tak. Then go back to future. Sejarah telah bertukar dn peristiwa berdarah tersebut tiada tercatit pun dlam national history! Then kita enter to the time holes again. You know what happened? Everything back to initial condition! Unless after sejarah or peristiwa tahun itu telah diubah kita tidak akan kembali lagi ke tahun itu maka ia akan kekal terubah. Ibarat kita baling bola ke bawah jurang, ia akan jatuh pada setiap kali balingan, pada tempat yg berbeza. It is impossible baling bola cara yg sama twice. But bagi umat islam saya memetik kata2 husaini salleh yg kita percaya konsep time travel tu melalui Isra mikraj Nabi Saw. Dn dari segi sains kita hanya boleh melihat peristiwa yg telah berlaku pada pengembaraan itu sebagai ikhtibar but cant change the takdir. Kalau tak apa guna firman Allah..Demi masa..sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Maka masa yg berlaku jgn disia2 kan kerana ianya tidak akan kembali dan boleh diubah kecuali yg dikehendaki Allah.

Begitu jugalah kepada lumrah alam ini. Andai kita dapat mengesan tanda2 awal ramalan malapetaka besar tentu deep impact besar boleh dikurangkan di tempat dan waktu yang lain seperti Bencana Tsunami Acheh 2004 dan Gempa Bumi Sabah yg berlaku baru2 ni. Resistance to change is proportional to how much the future might be altered by any given act!

Mesti tertanya kenapa kaitan dgn butterfly? Adakah hanya kerana printout computer tu saja? Nope! Look out at habitats of butterfly itself. Saya advised sila kaji dalam biology animal untuk lanjutan explanation fungsi rama2 tu sbb ianya terlalu detail untuk dibincangkan di sini sbb kita dalam huraikan teori ini sahaja. Ok, butterfly wings maybe created a small change to atmospheres bumi yg mungkin mengubah arah tornado samada melambatkan, melajukan atau menghalang terus kejadian tornado di beberapa lokasi. Apabila dia memgembangkan sayapnya ia mewakili perubahan kecil initial condition dalam sistem bumi, menyebabkan rantaian peristiwa menjadi punca pada peristiwa yg berskala besar seperti domino.

So,  nampak tak di sini kita dah masuk bab kekuasaan Tuhan dan boleh mengaitkan dengan kejadian yg diceritakan dalam Quran, bukan? Setiap kejadian Allah pasti ada mnfaatnya walau pun benda mati seperti besi dan konkrit? Lesung batu siti fatimah tidak berhenti berzikir sehinggalah dijanjikn oleh Nabi Muhammad akan kedudukkan nya di istana Fatimah. Begitu juga pohon tamar tempat Baginda bersandar. Dan korang ingat batu konkrit tu sekadar benda mati? Sedangkan ia sentiasa berzikir sepanjang masa! Begitulah ciptaan Allah yang dianggap lemah seperti lebah semut dan of course yg kita bincangkan sekarang, rama2. Walau kecil tapi fungsinya mampu meninggal kesan besar pada cuaca dunia. Dan ingatlah juga bagaimana dalam Quran Allah membuat perumpamaan kepada manusia yang tak tahu bersyukur dan kafir itu pada seekor nyamuk yg hina, kecil, lemah dan boleh dipenyek2! Of course chilhood teachings are the strongest teachings but Alquran is a super powerful teachings!

Apa kaitan teori ini dengan Alquran? Simple dan mudah. Bukakah Quran itu petunjuk bagi kegelapan? Lihat dari sekecil2 amalan iaitu membuang paku di tengah jalan. Andai kita tak ambil langkah kecil tu apa akan jadi kalau kereta tengah laju2 terkena paku tu. Tu kereta..kalau lori? Pasti membabitkan kemalangan yang besar. Betul tak?

Ok. Hal yg agak besar impaknya tapi boleh diubah dengan tindakan yang kecil. Mari kita kaji larangan zina dalam quran.

"Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin." - AnNur. Nampak tak kesan dari tindakan zina itu? Belum termasuk lagi memalukan keluarga, lahirkan anak luar nikah, nasab keluarga tak jelas walau anak itu tak bersalah. Silap hari timbul stress dan bunuh diri dan lagi meninggalkan malu kpd famili. Dan jika mati kita tidak sempat bertaubat jadilah as what sabda Rasulullah ni "Sesungguhnya tujuh pertapa langit dan tujuh bumi mengutuk kepada orang tua yang berzina dan sesungguhnya bau busuk kemaluan pelacur akan menyakitkan penduduk neraka. (HR. Al Bazzar).

Tapi bukankah Dia yang Maha Mengasihi kita telah memberi peringatan melalui firmanNya "...dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.(Al Isro’ 32). Lantas, apakah tindakan kecil kita? Tentu saja larangan yg terdapat dalan kitab2 agama seperti mengelakkan dari berdating berduaan kat tempat sunyi, cium mulot of course dan paling kecil pandangan mata. Tindakan kecil tu elakkan kita dari berlakunya yg lebih besar.

Zakat. Sekecil2 zakat yg mampu kita bagi walaupun setakat kemampuan lima puluh ringgit sebulan dan sedekah sebanyak seringgit sehari sebenarnya mampu mengubah beratus2 corak hidup org2 fakir miskin dan yg berhak. Dgn duit zakat kita mampu bangunkan sekolah dan masjid. Mampu membantu golongan yg amat memerlukan modal untuk berniaga, membayar hutang dan sebagainya.

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. - at Taubah"

Dan kesan yang timbul pada diri kita melalui teori butterfly effect ni adalah doa orang2 yang menerima zakat atau sedekah kita. Manakah yg lebih utama dari doa org2 soleh untuk kebahgiaan kita? "Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Attaubah)".

Samalah seperti kita menjaga pemakanan.  Pengambilan makanan yang sihat walau bermula secara kecil insyaallah mampu mencegah gejala mengundang penyakit berbahaya terutama yang berkait dengan jantung dan darah.

 Remember, life is full of ironies.








Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah