Part 1 : Kem Tahanan Perang; Situasi Perang Dunia Pertama.
Peperangan besar bukan sahaja penggunaan senjata secara besar-besaran, yang pasti melibatkan kos yang bukan sedikit. Peperangan juga mengakibatkan kehilangan harta benda Negara malah juga harta orang awam. Dan lebih tragis lagi, pasti setiap keluarga yang mana anggotanya terlibat dalam peperangan, tidak akan menjangka lagi kepulangannya, kerana pemergiannya tidak diiringi dengan harapan yang besar untuk pulang. Pejuang2 perang samada kehilangan nyawa ketika berada di barisan hadapan ataupun ketika dalam tahanan pihak musuh, pasti dianggap sebagai wira negara, walaupun negara mereka yang mengakibatkan terjadinya peperangan. Namun, wira negara bukan hanya setakat kepada pejuang yang gugur atau berjaya mengalahkan pihak musuh atau membantu negara mencapai kemenangan, tetapi juga lari dari konsep yang melibatkan pertarungan menumpahkan darah, iaitu berjaya melepaskan diri dari tahanan perang. Apabila kedua2 pihak berperang, masing2 akan menjadikan anggota tentera pihak ma...