Hitler Beneficiaries


Saya rasa ramai yang tahu kisah Hitler. Kekejaman, pemerintahannya yang singkat namun penuh tragedi. Sesuatu yang kita, walaupun jauh dari kesamaan kisah perang di Asia Timur, namun tidak ingin kita kenang dan ingatkan lagi. Peristiwa kejam yang mencipta pelbagai teori dan konspirasi, meregut hati banyak pihak. Holocaust, buruh paksa, penindasan ekonomi serta penghapusan etnik,  semua terangkum dalam satu perkataan,  kejam.

Hitler,  manusia yang penuh dengan idealogi. Buku ini bagi saya berjaya melahirkan pendedahan yang berlainan skop, tidak seperti mana2 buku yang tipikal,  memceritakan perihal 'jews with gas chambers',  holocaust dan sebagainya. Penulis merungkai kebenaran bagaimana Yahudi dilemahkan dari segi ekonomi, sehingga menimbulkan pertanyaan,  kenapa mereka dalam jumlah yang ramai,  bukan sahaja Yahudi German namun Yahudi2 di negara2 yang diduduki oleh Nazi German, tidak mampu bertindak menentang kekejaman Hitler dan kunco2nya? Buku ini menceritakan segalanya,  oleh seorang native German sendiri yang turut meragui setiap perabut dan harta benda yang dalam rumahnya adalah milik Yahudi yang telah dirampas. 

Di sebalik tindakan Hitler, golongan muda German menganggap Sosialisma Kebangsaan yang diperkenalkan Hitler adalah bermaksud kebebasan dan 'adventure'. Tambahan pula dengan keutamaan yang diberikan Hitler kepada rakyatnya tidak berkahwin dan pasangan yang mempunyai anak tidak ramai sejak hari pertama kekuasannya. Hitler menganggap dirinya adalah pemimpin kepada seluruh etnik asli German yang juga kepada yang tinggal di luar kawasan pemerintahannya, atas motif menunaikan impian rakyat German. 

Awal kekuasannya, Hitler menempatkan lebih kurang 190,000 pakar pengawasan bagi memantau lebih 17 juta populasi, namun setelah 1936 hanya 4,761 yang hanya ditahan di kem Tahanan Negara dan mereka itu adalah pemabuk kronik dan yang terlibat dengan jenayah. 

Pemgalaman German dalam Perang Dunia 1 banyak mengajar dan memberikan pengajaran kepada pemerintah seterusnya agar kekurangan dapat diatasi dan agar tidak berulang. Rakyatnya menderita kekurangan makanan akibat disekat oleh Tentera British, dikatakan lebih 400,000 kebuluran sehingga mati,  manakala selebihnya ada yang disebabkan oleh penyakit berjangkit seperti Tuberculosis dan kekurangan nutrisi. Kos bahan makanan juga meningkat dua kali ganda semasa perang, harga lagi meningkat di kawasan yang terpisah,  dan jika tanpa campurtangan kerajaan, rakyat biasa akan menanggung beban. 

Bagaimana solusi Nazi agar pengalaman menimpa rakyatnya pada peperangan yang lepas tidak kembali menghantui kehidupan mereka? Caranya ialah idealogi Hitler, Penghapusan Yahudi  German. Namun, saya terfikir mesti ada yang pelik kenapa beria benar Hitler ingin hapuskan etnik Yahudi ini. Kita kembali ke masa lampau. Yahudi, sepertimana tercatit dalam kitab2 suci adalah satu kaum yang gemar memperlekehkan Nabi2 mereka sehingga ke tahap membunuh para Nabi dan ulama' mereka. Atas sebab inilah kaum Yahudi disumpah dalam Kitab2 suci bahawa mereka akan sentiasa terbuang dan hina serta tiada identiti. Maka, mereka menjadi pemdatang kepada beberapa buah negara dan membina penempatan haram, namun ada kalanya diterima sebagai rakyat negara tertentu atas keperihatinan pemimpin2 negara. Samalah seperti German. Yahudi sebagai pendatang selama lebih seratus tahun lampau. Mereka ini, ibarat diberi betis hendakkan peha. Mereka tinggal di negara2 orang membina ekonomi yang baik,  menguasai perdagangan pertanian dan sumber ekonomi lain sehingga menyingkirkan peluang rakyat asli negara terbabit, termasuklah German. Inilah yang menimbulkan ketidakpuasan kepada pihak2 terlibat dan rakyat keseluruhannya. Maka,  sebab itulah rasa tidak puas hati dilepaskan ketika post war Dunia 2.

Sehubungan itu, Hitler telah meluluskan drat dengan tajuk Undang2 Berkenaan Membaikpulih Kerosakan Disebabkan Empayar German Yahudi. Doktrin Nazi ialah berkenaan kepentingan dan keutamaan bangsa. Hitler menjanjikan pekerjaan kepada 6 juta rakyat German. Dia benar2 melaksanakan janjinya dengan pengangguran berkurang sebanyak 25% antara tahun 1933-1935, jatuh kepada 1.8 bilion orang tanpa pekerjaan.

Undang2 Cukai Pendapatan Oktober 1934 menyatakan basis pengecualian naik secara dramatik memberi kelebihan kepada mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi dasar kerajaan supaya keadaan itu menjejaskan hasil perolehan kerajaan maka kadar beban itu diagihkan kepada beberapa pengkelasan iaitu orang bujang, pasangan berkahwin tanpa anak dan pasangan yang bergaji tinggi yang cuma tidak melebihi 2 orang anak.

Namun hasil tersebut masih tidak mampu menampung kos perang,  maka kerajaan beralih kepada harta benda yang dipunyai Yahudi. Dikriminasi perundangan menyasarkan Yahudi yang bekerja sebagai pekerja am kerajaan, ahli perniagaan, doktor dan pekerja kolar putih. Sehubungan itu, mereka kehilangan pekerjaan,  karier hancur, perniagaan musnah, yang mana segala itu dilaksanakan semata2 bertujuan untuk menjadikan kaum Yahudi meninggalkan negara German.

Permulaannya Nazi masih membenarkan Yahudi mempunyai hak mengawal polisi insuran hidup dan diberi pilihan untuk melaburkan wang. Walau bagaimanapun,  Edict yang diluluskan pada April 26,1938 mensyaratkan bahawa orang2 Yahudi terpaksa mengisytiharkan segala aset peribadi kepada pihak berkuasa tempatan.  Melalui penyelidikan rasmi,  kekayaan Yahudi Jerman dan Austria dianggarkan lebih kurang 8 bilion mark.

Aset peribadi Yahudi dan harta perniagaan dijual di pasaran tempatan. Manakala bank pula bertindak mengikut kepentingan peribadi, contohnya seperti Bank Deutsche telah mengenakan caj kepada pelanggan2 bangsa Yahudi servis komision sebanyak 0.5% plus fee pentadbiran bagi segala urusniaga. Barang2 keperluan rumah Yahudi dirampas dan diagihkan sebagai pampasan kepada orang2 German yang kehilangan dan mengalami kerosakan rumah ketika dibom oleh Tentera Bersekutu ketika perang.

Pada 1942 pula, levi memerlukan tuanpunya harta benda membayar pembayaran secara lumpsum untuk 10 tahun. Malangnya,  mereka tidak boleh menaikkan kadar sewa maka kos dan beban akan tertanggung oleh mereka. Pada 1943,Hitler telah menaikkan kadar tax paling tinggi yang dicajkan pada pendapatan bulanan,  telah menyebabkan, menurut pakar pemerhati sebagai 'permusuhan yang tidak dapat dielakkan'. Syarikat perindustrian juga mengadu bahawa keuntungan mereka sebanyak 80 hingga 90 peratus telah diambil secara paksa oleh kerajaan negeri.

Ketika Perang Dunia Pertama, keluarga para tentera yang berjuang di barisan hadapan telah diabaikan. Mereka hidup dalam kemiskinan manakala kerajaan hanya menyediakan keperluan sekadar cukup untuk hidup sahaja. Walaupun dibawah Kaiser Wildham 2 mempunyai cukup dana tetapi mereka kekurangan tenaga sosial dan politikal yang kuat. Berlainan pada Perang Dunia ke-2, kehidupan mereka lebih baik. Pihak kerajaan berusaha memenuhi keperluan keluarga para tenteranya,  malah pihak kerajaan menawarkan lagi bantuan pengurusan rumahtangga untuk keluarga yang besar. Keluarga tentera juga disediakan kewangan bagi perbelanjaan istimewa seperti bil perubatan dan penjagaan gigi serta pendidikan.

Jerman berjaya mengekalkan bekalan dalam situasi peperangan dengan secukupnya,  dengan cara mengeksploitasikan ekonomi asing yang juga membawa keuntungan dan pemerolehan yang banyak kepada bekalan untuk tujuan perang. Bila2 sahaja Jerman menakluki atau menduduki negara yang ditawan seperti Perancis, mereka akan memanipulasikan mata wang mereka, menggunakannya untuk membalas serangan ke atas British,  membina pelabuhan submarine dan bunkers gigantic menggunakan matawang Perancis.

Nazi juga menerapkan terma "sumbangan kos peperangan" melalui taklukan mereka ke atas Bulgaria,  Slovakia dan Romania.  Itu menunjukkan bahawa hasil untuk menampung peperangan datangnya daripada luar negara melalui buruh paksa luar yang bekerja di Jerman. Ini juga satu cara bagi melaksanakan idea Hitler iaitu menghapuskan etnik Yahudi dan musuh2 peringkat negeri.

Gaji tentera2 Jerman dibayar mengikut mata wang negara yang mana mereka ditugaskan, disamping menggalakkan mereka berbelanja di negara tersebut. Cara ini dapat mengurangkan tekanan inflasi di negara asal. Jerman juga melalui Reichsbank telah melaksanakan RKK iaitu Reich Credit Bank, tetapi sijil ini tidak boleh digunakan di negara asal. RKK ini melahirkan rasa kepuasan dalam negara2 yang diduduki Jerman untuk berbelanja bagi para pegawai tentera mereka. Peti keselamatan juga tidak boleh dibuka  melainkan dengan kehadiran pegawai rasmi DSK. DSK ini ialah Currency Protection Command, secara kebiasaannya merampas barang2 kepunyaan musuh Reich terutamanya Yahudi.

Pegawai tentera dan tentera dibenarkan membawa wang bersama mereka samada memasuki atau meninggalkan Jerman sepanjang cuti mereka. Sehubungan dari situasi ini kiraan wang kemasukan ke Belgium meningkat sebanyak 300 reichmarks. Namun dalam perlaksaan ini ada keburukkannya. Tindakan membelanjakan wang berlebihan menggunakan matawang negara tertentu yang tentunya di pasaran luar negara telah membawa kepada lebih banyak bentuk kejenayahan seperti pasaran gelap. Semua ini berlaku hasil termotivasi dari Hitler, 'The boss of thieves'.










Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah