Pesona Dunia
Sejak Nabi Adam as hinggalah zaman kita ini, diwajidkan Allah ke atas hambaNya supaya menuntut ilmu. Ilmu yang boleh sampai kepada rahsia ketuhanan, baik ilmu dunia mahupun akhirat. Ramai yang salah faham, bila kita bicara bab ilmu, fokus hanya kepada 'dalam kelas pengajian', sekolah atau pun pusat pengajian tinggi. Tahukah yang kita boleh dapat ilmu di mana2? Dalam apa jua keadaan yang berlaku, di situ ilmu menyelit, samada kita faham atau tidak sahaja.
Namun, ilmu tiada guna kalau tidak dijadikan manfaat. Dan jangan salah sangka ilmu buruk seperti ilmu sihir itu atau mengenal ilmu sihir itu tiada manfaat! Kenapa mesti manfaat? Sedangkan Nabi dan para sahabat serta ulama' sekalian berpesan jauhilah dari ilmu kotor dan ilmu yang menjurus kepada kebinasaan. Benar, tetapi ilmu sihir dan kotor itu hanya yang 'layak' sahaja boleh mempelajarinya, yang jati dirinya sudah kuat, sudah kosong dari sifat mazmumah, tauhidnya kental dan bersedia berdepan dengan hawa nafsu yang lebih jahat dari jin dan syaitan. Kenapa? Kerana mempelajari iu itu bagi golongan ini adalah bagi membenteng diri mereka, juga bermanfaat untuk sekalian umat manusia, agar tidak mudah tergelincir. Ketahui rahsia ilmu2 kotor ini agar mudah mengelakkan diri dari dijangkiti dan dipermainkan, malah boleh menumpas tipu daya Iblis dan syaitan. Sayangnya, ramai orang 'awam' yang teruja dengan ilmu2 seperti ini, orang awam yang berlagak pandai dan kuat. Kuat, bukan sekadar fizikal tahu martial arts tahu berperang, tapi kuat menahan nafsu.
Orang berilmu tidak mudah tertipu berbanding yang tiada ilmu. Allah kurniakan ilmu agar manusia mengenalNya. Itulah tujuan ilmu. Biarpun ilmu itu berupa sains, matematik, sejarah dan ilmu dunia atau mantiq, tetap tujuannya sama, iaitu mengenal Allah. Dengan ilmu kita tahu siapa yang kita sembah dan ibadah itu untuk apa. Walaubagaimana pun orang berilmu lebih banyak harus berhati2, kerana ilmu juga boleh menjerumuskan diri dalam lembah kesyirikan. Orang alim pun boleh mengakhiri hidupnya dengan su'ul khatimah kerana ilmunya berlandaskan bidaah.
Dalam konteks ini islam memandang lebih kepada manusia yang berpemikiran sederhana, tidak memikir terlalu mendalam, tidak mempersoalkan sesuatu persoalan itu dengan pemikiran kritis yang boleh menimbulkan bahaya dalam agama. Para penghuni syurga juga dipenuhi demgan manusia yang berpemikiran sederhana. Para penghuni neraka tetangganya kebanyakkan manusia yang ghurur, iaitu berilmu tanpa amal. Menghambakan diri kepada ilmu tanpa amalan, sangatlah besar ruginya. Ilmu itu boleh menimbulkan rasa takut kepada Allah kerana kita tahu KekuasaanNya sebesar dan sekuat mana.
Ahli ilmuan zaman silam akan mendahulukan pengajian ilmu wajib sebelum mendalami ilmu2 mantiq, kerana itulah mereka dikurniakan kecerdasan otak tanpa penilaian Mensa! Lihat siapa Ibnu Sina, Al Khwaridzmi, Ar Razi dan lain2nya. Ilmu2 wajib itu ialah ilmu makrifat iaitu mengenal Allah, ilmu tasawwuf iaitu ilmu batin dan ilmu mu'amalat iaitu berkenaan hukum halal haram. Ilmu seharusnya dituntut dengan ikhlas, bukan untuk tujuan duniawi tetapi sekalipun ilmu duniawi atau mantiq itu ialah bagi memikirkan kebesaran Allah. Wallahu'alam
Comments
Post a Comment