Sejarah Peradaban Silam


Rasanya memang sudah lama saya tak promote good book to read. Dengan masa tak mengizinkan for me untuk melayar blog dan sebagainya,  dan sebab itulah saya lebih suka meng-upload segala info di instagram. No denied, instagram capacitynya agak limited untuk tulis panjang apatah lagi review, so blog juga yang sesuai. 

Buku ini bagi saya kalau dipandang pada tajuknya mesti pembaca akan ingat semua ini cuma legenda, sejarah yang tiada fakta dan sesuatu yang bersifat khayalan. Kisah Atlantik yang dibangkitkan oleh Plato ratusan tahun lampau banyak menerima andaian, kritikan dan tidak kurang yang mengatakan beliau sebenarnya berada pada halusinasi ketika menyuarakan teori beliau tentang Atlantik yang pernah menjadi kerajaan yang berperadaban tinggi akhirnya tenggelam sehari semalam. 

Saya tak fikir dengan andaian yang mengarut, tidak semuanya saya tolak, tidak juga menerima sebarang teori yang mengugat akidah. Tapi berfikir dengan dada lapang,  minda bersedia untuk memproses dan iman harus teguh,  maka kita akan dapati bahawa inti dalam buku ini tidak hanya berkisar tentang tenggelamnya Atlantik itu,  tetapi menyorot dan menelusuri kisah sebelum kejadian itu dan kaitan segala sejarah lampau yang boleh kita sebagai umat islam berfikir bahawa kisah itu turut menjenguk kehidupan para Nabi Allah zaman silam seperti Idris dan Nuh,  malah Adam juga. 

Review buku ini saya bahagikan beberapa tajuk besar dan utama yang saya sendiri klasifikasikan. 

PENDEDAHAN ATLANTIS

Awal buku ini menceritakan tentang seorang New England Profesor Sejarah iaitu Charles Hapgood membuat teori berkenaan tenggelamnya Atlantis itu kerana peralihan area yang mana kejadian tenggelam Atlantis itu berlaku disebabkan oleh pergerakan kerak bumi.  Teori beliau ini disokong oleh Albert Einstein dengan memberi kata laluan dalam buku Hapgood  Earth Shifting's Crust yang telah diterbitkan pada 1958.

Beliau mendiscusskan teori oleh Pluto bahawa Atlantis telah hancur hanya tempoh sehari semalam. Pluto kemudianya mengatakan bahawa beliau tidak bermain2 dengan teori itu kerana beliau merujuk kepada Solon bahawa beliau telah diberitahu oleh Imam2 Mesir bahawa kejadian itu telah berlaku lama dahulu pada 10,000 BC. Yes,  a question about slipped,  kenapa ianya berlaku,  either disebabkan oleh giant meteor?  Kalau benar ianya mesti beribu kali kuasa lebih besar,  sehingga mampu mengerakkan kerap bumi hingga terjadi gempa yang dasyat dan tsunami yang mampu menenggelamkan kota agung yang hebat sekelip mata! 

Berikutan itu timbul bermacam2 teori selain dari teori Hapgood,  iaitu terdapatnya whirlspool atau pusaran air bumi yang boleh menghasilkan something magical efek,  seperti mana ianya telah ditemui di tempat2 suci seperti Stonehenge dan Carnac. Efek seperti ini tidak menyenangkan kita bila berada sekitar situ. Maka,  adakah terdapat pusaran air di bawah Atlantis? 

Mengikut kajian arkeologi bahawa saintis percaya terdapat tiga banjir besar telah berlaku iaitu zaman last ice,  zaman Atlantis dan zaman Noh yang dikategorikan menenggelamkan satu dunia. Saya percaya dengan fakta ini, seperti kita tahu bahawa ianya diberi gambaran dalam Kitab Suci Al Quran;  sebelum Adam AS kaum jin telah tinggal di bumi ini, seperti banyak fosil dikatakan ditemui dari zaman batu,  zaman dinosaur, zaman ice. Dan Allah hancurkan civilization pertama untuk menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Menghancurkan peradaban hebat berjuta tahun dahulu akibat kemungkaran dan tiada sifat syukur dari kaum itu. Allah juga menggantikan peradaban yang hancur sebelum itu dengan yang lebih hebat,  memberi ilmu, kekayaan dan kenikmatan kepada kaum jin sebelum Adam iaitu dikatakan zaman Atlantis. Adam diturunkan kebumi lebih kurang pada 7,000-6,000 BC (tiada tarikh yang tepat,  ini mengikut kiraan saintis yang mengkaji tentang barangan dan fosil2. Al Quran juga tidak menyatakan tentang tarikh sebenar)

Detko Dimitrov seorang penyelidik Bulgarian menunjukkan bukti pada 9750 tahun dahulu Paras Laut Hitam lebih 100 meter rendah berbanding hari ini. Kajian melalui mini submarine membuktikan dan menjumpai pantai purba 100 meter ke dasar menunjukkan bahawa fosil purba membuktikan ianya telah ditenggelami oleh banjir. 

Banjir Besar kali Pertama dikatakan berlaku pada zaman last ice 18,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia. Paras laut menunjukkan 120 meter lebih rendah than today, perlahan2 ais mencair tetapi still tidak menjadikannya sebagai banjir besar. Kemudian pada 14,500 tahun dahulu,  Tasik Livingstone telah runtuh dan melepaskan satu poket air ke dalam laut, 84,000 cubic kilometer,  paras laut immediately naik 9" dan telah menyebabkan banjir besar berlaku.

Banjir Besar kali Kedua - fenomena menunjukkan tidak lama selepas yang pertama berlaku. Cuaca menjadi sejuk kembali. Di sini, saintis juga keliru dan curious kenapa cuaca boleh berubah dalam masa yang singkat? Dan pada 11,000 BC musim kembali kepada musim beku,  suhu jatuh mendadak. Dan pada 9,500 BC ais kembali mencair dan dunia kembali dilanda banjir besar yang menenggelamkan dunia.  Teori inilah dikatakan Banjjr Atlantis.  Waktu ini saya percaya ianya berlaku kerana telah tercatat dalam Quran yang Allah telah hancurkan peradaban sebelum Adam kerana makhluk ini lupa nikmat setelah mencapai satu kemajuan yang cukup tinggi melebihi peradaban zaman ini. We not surprised! 

Dan Banjir Besar kali Ketiga ini adalah yang terakhir berlaku sebelum New World, hinggalah akhir zaman nanti.  Cuaca kembali kepada suhu membeku pada 6400 BC sehingga 400 tahun. Sekitar 6000 BC ais telah mencair menyebabkan Banjir Besar sehingga seperti kajian mengatakan bahawa Hudson Bay, satu plug ais mencair melepaskan berjuta2 ton air membeku hingga menyebabkan Laut Hitam tenggelam. Inilah juga dikenali Banjir Besar Noh, yang seterusnya dengan bencana ini bermulalah peradaban kaum Sumerian. Pada masa ini ada tercatat dalam Quran bahawa Allah menurunkan perintah agar Noh membuat bahtera dengan ilham daripada Allah,  menenggelamkan kaum Noh yang derhaka, dan segala kejadian cuaca, ais mencair adalah sebab sebab musabab sahaja untuk dijadikan sebagai pengajaran kepada kaum yang berfikir sesudahnya. 

Kesemuanya kejadian banjir besar ini peliknya tidak melibatkan gempa bumi sepertimana menimpa kaum sodom dan Luth,  volcano dan pergerakan cahaya matahari di langit. Saintis believed bahawa second flood itu lebih mendadak dan brutal. Professor Alexander Tollman pada 1993, seorang geologis di Institut Geology Universiti Vienna menyangka bumi ditimpa a giant komet dibuat dari ais. Ketibaan komet ini mengakibatkan gelombang pasang surut yang enormous dan menyebabkan atmosfera diseliputi habuk. Saintis juga percaya bahawa komet ini bukanlah makhluk asing dari angkasa lepas tetapi pecahan daripada pepejal yang terjadi dari gas yang berkitar dari awan suatu ketika bumi dihentak giant meteor dan jatuh di Laut Chicxulub coast of Mexico yang membunuh hidupan tanaman dan dinosaur.

Dalam Book of Enoch (buku ini akan diterangkan kemudian) ditulis sekitar 200BC oleh pengikut agama Yahudi,  dinisbatkan oleh ajaran Nabi Idris AS (we muslim can't take this sebagai amalan,  just rujukan awam sahaja, because its not stated in Quran n hadis yang mendetailkannya),  menerangkan berkenaan tujuh gunung yang terbakar runtuh dan jatuh ke laut,  menyebabkan banjir, menyokong teori Profesor Tollman about komet. Buku ini telah diterjemahkan dalam English pada 1821.

Yahudi believed refer to ajaran Enouch bahawa prophet itu telah meramal melihat masa depan bahawa bumi mengalami disaster dasyhat menenggelamkan bumi, meninggalkan satu pengetahuan atau ilmu berguna untuk manusia yang kemudiannya diperturunkan dan di wasiatkan kepada next civilization yang terselamat dari bencana. Enouch kemudian mengukir dalam hieroglyohics (tulisan purba orang Mesir)  bahawa ilmu itu adalah rahsia sains dan binaan terdapat pada dua tiang,  satunya diperbuat dari bata dan satunya dari batu. 

PERADABAN PURBA

Sebelum Piri-Piri Maps yang ditemui menunjukkan Antartica pada 1818, banyak lagi peta purba telah menunjukkan wujudnya Antartica. Ini menunjukkan bahawa pelayar purba telah berjaya berlayar mengelilingi dunia. 

Alexander Thom, seorang astronomer telah mengatakan bahawa semua binaan megalith seluruh dunia menggunakan basic measurement yang sama yang digelar megalithic Yard. Dipercayai bahawa manusia purba melakukan pengiraan itu dimana evidence show di La Quina disc,  diukir oleh kaum purba 100,000 tahun lampau. 

Makam Rameses VI juga menunjukkan ukiran berkenaan Pythagoras theorem,  jauh lebih lama sebelum Phytagoras sendiri menciptanya, jarak masa 1,000 tahun lampau. Arkitek yang membina piramid mesir juga tahu tentang saiz bumi ini sejak 2500 BC yang lalu.

Saya betul buntu sebenarnya bila mengkaji sejauh mana bijaknya mereka ini?  Memang dalam Quran sendiri dah jelaskannya bahawa Allah kurniakan sejenis kenikmatan yang kita zaman ini tak mampu tandingi dan kemudian Dia tarik kenikmatan itu serta merta atas keangkuhan manusia itu sendiri. Tapi,  bagaimana cerdiknya mereka?

Pada tahun 1843, Paul Emile Botta telah menjumpai tablets mengandungi Nineveh berjumlah 195,955,200,000,000, setelah menggali di bukit kecil Kuyundjik menempatkan library Raja Assyrian Assurbanipal (669-626 BC). Kita semua tahu bahawa bangsa Sumerian inilah yang mencipta penulisan disamping invented kiraan jam by 60. Mereka juga adalah ahli angkasawan hebat yang tahu pergerakan semua planet. Number Nineveh ini diagakkan bahawa Sumerian menggunakannya untuk mengira setiap benda di solar sistem,  putaran or pusingan planet2. Jika teori ini benar maka mereka tahu solar sistem kita sepertimana Isaac Newton mahir.

Sebab itulah saya bingung dan keliru hebat sangatkah mereka ini? Wujudkah prodigy di zaman purba itu?  Prodigy ini ialah seperti kepekaan secara mendadak kepada gerak hati,  logical thinking mengenepikan proses minda,  menjadikannya menjunam terus dari permasalahan kepada penyelesaian.

Satu lagi penemuan pelik iaitu vases berleher panjang dijumpai di Piramid Step,  Saqqara,  dibina pada 2650 BC.  Peliknya bagaimana vases itu diukir di bahagian dalam,  while lubangnya secukup jari budak sahaja. Itu menunjukkan bahawa pada masa itu telah ada teknologi melembutkan bahan kristal kepada bentuk clay. Pada saya jika difikir secara detail dan logik,  jika dikaitkan dengan tahun itu, telah wujud nabi2 Allah bersebaran merata dunia diutuskan untuk kaum masing2. Setiap nabi2 ini telah dikurniakan ilmu oleh Allah untuk diajarkan dan diwariskan kepada kaum masing2. Tinggalnya,  orang cerdik pandai barat sukar untuk mengaitkannya dengan keagamaan.

Sama seperti penemuan Libyan Desert Glass, pada mulanya mereka menyangka it was tektixes iaitu kaca yang tercampak ke bumi dari pembentukkan meteor. Selepas proses chemical analisis,  ianya bukan dari jenis tektixes. It is made of silicon,but how it was melted?

Pure gold ditemui dari kawasan purba Mesir mengajak kita berfikir bahawa di zaman itu tiada proses kimia sepertimana zaman moden ini untuk membuat dan melentur emas asli. Sekalipun gunakan cara lain iaitu memanaskan emas sehingga vaporize but still requires high temperatures right? Though, ianya need more water but Libyan Desert as we know is waterless. Namun,  by research, in 5500 BC,  air memang didapati di Sahara Desert. Agak mengejutkan bukan bahawa 10,000 tahun lampau Gurun Sahara ditumbuhi tumbuhan hijau dan banyak tasek. Apa puncanya menjadi kering tandus?  Adakah sumpahan yang boleh dikaitkan dengan konsep keagamaan? Bagaimana harus diterangkan dengan kaedah saintifik?

Mesir purba juga dikenali pandai membuat proses bom atom sejak 5,000 BC sebelum ianya telah diperkenalkan kepada penemuan baru pada abad ke 20. Not many yang pasti siapakah Sumerian ini.  Mereka mungkin sekelompok manusia yang menyebar selepas Banjir Besar Nuh,  mencipta tulisan dan bahasa mereka juga ganjil. As we may know dalam Quran dan hadith,  setelah banjir besar kaum Nuh bertebaran seluruh dunia,  dan mereka inilah yang membentuk peradaban baru yang hebat.

Profesor Oppenheimer dalam bukunya Eden in the East,  pelarian2 dari Sundaland tersebar ke empat arah dalam compas :-
🌋 Ke India - mereka membawa beras dan growing skills
🌋 Ke Southwest China,  Burma dan Tibet - membawa kemahiran ilmu seni
🌋 Ke South to Australia
🌋 Ke East to Micronesia

Kesemua mereka ini membawa dan menubuhkan peradaban baru dari ilmu yang diwariskan oleh para ulama mereka yang diwarisi dari Nuh. Kemudiannya daripada arah ini mereka berpindah ke kontinen yang lain.

Kita tidaklah surprised sangat kerana memang mengakui bahawa kaum Nuh memang bijak.  Nuh telah mewasiatkan ilmu pertanian,  pertukangan dan sebagainya kepada anak2nya dan kaum2nya yang masih tinggal. Mereka inilah dikatakan bangsa Sumerian. Kaum Nuhlah yang memulakan peradaban baru itu.

Kemudian kita beralih kepada sejarah kokain,  sejarah kokain ini kita tahu berasal dari Andes.  Tetapi nampaknya manusia Mesir tahu lebih dahulu lebih dari 3,000 BC. Pemeriksaan dijalankan ke atas mumia Ramses II yang mati pada 1213 BC oleh saintis Dr Michele Lescot mendapati daripada satu pieces dari bandage mumia itu terdapat grains of tobacco. Seterusnya pada 1992, Dr Svetlana Balabanova, German saintis juga mengkaji satu mumia pendeta wanita,  Henut Taui mati sekitar 1,000 BC di Thebes. Ianya menunjukkan bahawa mumia tersebut mengandungi nikotin dan kokain yang digunakan sebagai bahan pengawet.

Wow,  how that can be?  Para saintis ada mengkaji berkenaan dengan 'split-brain', menunjukkan manusia moden hanya punyai paras 1 1/2 mindanya dengan left cerebral hemisphere (language,  logic dan coping), as seawal 1250 BC. Manakala right half fungsinya pada gerak hati, insights dan feeling adalah aneh. Showing that we became weak in mind day by day,  leave our manusia purba yang jauh lebih bijak dan maju.

Manusia menjadi semakin sempit minda,  keterlaluan,  more brutal dan kejam menunjukkan kita makin jauh dari Tuhan. It's true,  banyak juga kaum2 terdahulu iaitu zaman nabi2 dahulu dibinasakan kerana menderhaka.

High level of sains perlukan gerak hati dari sebab musabab, intuition boleh create higher levels of sains dari kebanyakan saintis itu akui. Contohnya the author of Extrasensory Perception of Quarks,  Stephen Phillios,  seorang lelaki English memegang doktorate dalam partikel fizik mengajar di Cape Town University. He is otherwise not a typical physicist. Anak kepada Marxist father dan Spiritualist Mother,  when child his dad gave him telescope dan maknya had given him a copy of Madame Blavatsky book,  The Secret Doctrine.

Contoh lain dari penemuan hasil dari kebijaksanaan manusia silam iaitu Serunai yang diperbuat dari tulang berusia 82,000 tahun ditemui,  menunjukkan bahawa manusia purba mempunyai music mereka sendiri.  Jarum jahit dari tulang lengkap dengan lubang berusia 26,000 tahun ditemui.

Subnormal prodigy twin swap angka prime 25 so easy,  mereka juga boleh menamakan apakah hari atau minggu dalam any historical date,  like bila ditanya about 10/12/50,000 BC,  they menjawab instantly,  'A Tuesday'. Ini menandakan bahawa pemikiran prodigy is odd or peculiar how minda itu wiring dan menyimpan kapasiti. Pemikiran moden manusia makin merosot. We may have lost this ancient knowledge!

Pemikiran left is like Pen dan Kertas; pengetahuan disimpan atas kertas dan pengiraan dilakukan dengan sebatang pen,  kedua kaedah ini menghasilkan peradaban yang sukar. But apa yang otak hilang dalam pengiraan yang pantas  melalui fikiran ialah penggunaan komputer.

Kesimpulan di sini,  minda manusia tidak mampu lagi melakukan atau menyelesaikan masalah rumit melainkan dibantu oleh instant tools or mekanikal.  We are already lost of 'bird-eye view ' - memandang sesuatu dengan gerak hati dan memproses dengan cepat maklumat yang sampai ke otak. Kita tidak ubah sebagai robot.

KISAH SEJARAH DAN LEGENDA

Keduanya kadang berlainan,  kadang ada persamaan, maka wujudlah istilah cerita berasaskan Kitab Suci Langit dan Cerita Israeliyat.

Legenda Tollan or Tula nama lamanya sebuah kerajaan terletak di 50 miles Utara Mexico City merupakan kawasan purba tempat pertempuran terakhir dua Tuhan mereka,  Quetzalcoat dan Tezcatlipoca. Q ialah Tuhan putih dan baik,  datang dari Timur (dipercayai dia adalah Seorang Kaum Atlantis yang terselamat membawa bersamanya peradaban kerja seni). Q telah dikalahkan oleh T iaitu tuhan jahat.

Dan siapa pula Mayan people?  Bandar purba yang dibina dalam hutan tebal Mexico itu telah dijumpai oleh seorang pendakwah Spanish Ramon de Ordonez pada 1773. Namun apa yang dia telah jumpa ialah hanya kesan runtuhan yang besar termasuk piramid,  yang sekarang ini dikenali sebagai Palenque. Dia telah menggelarkan bandar itu sebagai Bandar Ular kerana terdapat ukiran ular di piramid itu. Sebuah buku berkenaan dengan pengasas bandar itu telah dijumpai dalam sebuah kuil,  yang mengatakan bahawa nama pengasas itu ialah Votan. Ianya telah ditulis dalam Quiche Language.  Bishop tempatan Nunes de la Vega dengan serta merta membakarnya dan nasib baik dia telah menyalin sebahagiannya sebelum ianya dibakar.

Votan,  seorang yang tinggi,  berjambang,  telah tiba di Dunia Baru beberapa abad lampau. Native city nya ialah di Middle East.  According to the books,  dia melawat bandar yang di mana keinginan penduduknya untuk membina sebuah tower hingga mencapai langit. We don't know detail about history of Dajjal or anti christ but some from Israeliyat written he is wander around the world before Prophet Muhammad SAW born,  and back to his island dan telah ditangkap oleh Malaikat apabila baginda rasul lahir dan akan lepas setelah Baginda wafat. Mungkinkah Votan ini Dajjal?  Kerana masanya merayau sekeliling dunia dengan meninggalkan tanda suci seperti Stonehenge, Terracota Army dan tanda2 pelik seluruh dunia bersamaan dengan sebelum kelahiran Nabi Muhammad,  kemudiannya senyap seketika dan setelah beberapa abad tanda2 itu muncul kembali setelah melewati kewafatan baginda. Kisah Mayan ini pula seperti tidak dipercayai dengan secara kebetulan bahawa mereka begitu teruja dengan bintang2. Mereka dapat meramal bahawa banjir besar akan berlaku. Banjir yang dimaksudkan di sini ialah kehancuran bumi sepenuhnya dijangka berlaku pada 2012. Pada 2012, bumi tidak hancur dan tiada siapa boleh meramal kiamat sekalipun Nabi Muhammad,  tetapi memang berlaku bencana alam dan cuaca yang tidak menentu. Siapa punya kerja?  Don't say Tuhan. Kerana setiap yang diwujudkan pada akhir zaman ini sekadar ingin mengubah keimanan manusia lari jauh dari Tuhan.

Dalam tulisan William H. Prescott,  History of the Conquest of Mexico, their 8th Maharaja,  Ahuitzotl telah memerintahkan pengorbanan ke atas 80,000  banduan untuk didedikasikan kepada kuil. Mengambi masa 4 hari non stop killing. Para imam mereka akan menyembur dan melumasi tubuh telanjang banduan dengan lemak mereka sendiri sebelum menyiat kulit mereka.  Dan para penyembelih serta ahli keluarga mereka turut serta berpesta. Jenayah ini merupakan berasaskan keagamaan yang paling sadis dalam sejarah dunia.

Sekitar tahun 530 Masihi,  bumi mengalami perubahan cuaca yang menakutkan.  Seorang ahli gereja John of Ephesus menulis,  Matahari menjadi gelap,  berlanjutan selama 18 bulan,  bersinar cuma 4 jam tetapi tetap mendung. Adakah ini tanda dari Tuhan? Bahawa ianya akan bermula ketibaan nabi terakhir iaitu our Muhammad SAW yang akan lahir pada 22 April 571 Masehi,  41 tahun kemudiannya?

Peruvian piramid dibina oleh Kaum Indians Moche, berkemungkinan pelayar, bersandarkan pada pemerhatian ukiran pada dinding di situ,  menunjukkan sebuah rakit diperbuat dari kayu balsa. Ianya berkembang pesat tetapi di antara tahun 100-700 Masehi mereka tiba2 hilang, sama seperti yang berlaku pada penduduk Indian Mexican. Moche ini juga mempraktikkan human sacrifice tetapi manusia yang dikorbankan itu bukanlah dari kalangan para banduan,  tetapi ahli kombat yang kalah perang dan telah dipilih untuk upacara pengorbanan. Ini telah terbukti dengan penemuan tulang2 tersebut beratus2 di Piramid Huaca de Luna.

Buku ini juga mengisahkan cerita tentang ajaran kristian,  samada ianya sebuah legenda atau daripada kitab2 suci purba,  maka kitalah yang menentukan dengan berfikir secara rasional.  Paul,  figur sejarah dalam most bible kristian ialah seorang Yahudi Romania yang mana nama sebenarnya ialah Saul. Beliau menukarkan namanya setelah converted to kristian dan menjadi rakyat Roman. Paul memberitahu dalam Bible terdapat dua versi berkenaan hidup Jesus,  salah satunya ialah versinya. Dalam versi Paul Jesus ialah Anak Tuhan,  beliau mati disalib bagi menebus dosa manusia. Same kind story dengan Tuhan Greek,  mati bagi membenarkan pengikut nya memasuki syurga. Mereka percaya bahawa Jesus akan kembali dari kematian dan mengetuai satu pasukan tentera bagi memberontak menentang Roman. Extremist ini also called Zealots.

Kristian dianggap agama paling tinggi di dunia kerana ia mendakwah akan pengakhiran dunia,  berlakunya perang besar Amageddon di antara kuasa baik dan jahat. Dalam dunia moden pula,  Jesus dianggap mengalami delusion yang meramal bahawa Tuhan beritahunya berkenaan dunia yang bakal berakhir. Ini samalah keadaannya seperti Yahudi mengalami delusion bahawa kuil mereka tidak boleh ditawan oleh orang lain selain bangsa mereka. Dan inilah yang mereka lakukan sekarang. Israel ini juga sekarang menuntut bahawa bangsa mereka lebih suci dan diutamakan,  dan mereka berhak memiliki Kuil Sulaiman, Baitul Muqqaddis dan Palestin,  manakala bangsa lain boleh dibunuh dan dimusnahkan.

Sekelompok Kristian yang taksub juga telah lakukan serangan membakar librari Mesir pada 415 Masehi. Hypatia iaitu seorang cendikiawan ketua matematik ketika itu telah dibogelkan dan kulitnya dilapah bermula dari tulang dengan menggunakan kulit abalone.

Scrol Laut Hitam tentu kita pernah mendengarnya bukan,  iaitu penceritaan tentang sejarah kristian. Ianya telah ditemui oleh seorang Qumran boy iaitu kanak2 dari kabilah Bedovin Shepherd pada 1947 apabila dia mencari kambingnya yang hilang. Naskah itu akhirnya dikaji oleh William F. Albright dari John Hopkin University,  naskah itu telah diketahui berusia 100 BC.

Accroding to Josephus Flavius,  kaum Hyksos or Raja Shephard,  telah tercatat dalam Hebrews of Old Testament, kumpulan campuran Semitic dan Asiatic telah berpindah ke Mesir sekitar 1750 BC,  bukan sebagai pejuang tetapi sebagai pelarian dari bencana kemarau. Mereka memerintah sekitar 1630 BC sehinggalah dijatuhkan 108 tahun kemudiannya oleh Luxor.

Mary Magdalen dalam New Testament ialah Mary yang digambarkan sebagai pelacur yang disucikan. Saya pernah membaca cerita bergambar sebuah buku kanak2 berkenaan Mary ini,  tetapi sudah tentulah kita tidak patut mempercayainya. Mary ini dikatakan bahawa beliaulah yang mengeringkan kaki Jesus dengan rambutnya. Beliau dikatakan mempunyai untaian pertalian dengan royal line, dari House of Benjamin. Malangnya,  bishop yang dilantik oleh Konstantin tidak bersetuju dengan versi Jesus telah mengahwini Mary Magdeline. Mereka membakar dan memusnahkan Injil yang bercerita mengenainya,  termasuk lah Injil Philip,  Thomas dan Mary sendiri tetapi injil Nag Hammadi diselamatkan oleh seseorang.

Jesus dalam beberapa Kitab Injil menceritakan bahawa beliau adalah anak yang sulung daripada 4 orang lelaki. dan dua perempuan. Ayahnya bernama Joseph juga seorang Yahudi. Jesus telah disalib kerana dia berniat untuk mengetuai pemberontakan menentang Roman keluar dari Judea. Berkenaan bab salib ini,  ianya bukanlah seperti yang kita percayai bahawa Jesus dipakukan kaki tangannya pada palang salib,  tetapi cuma diikat dengan tali sekitar pergelangan tangan dan kaki. Normally akan ditinggalkan di situ selama 4 hari dibiarkan sehingga mati,  tetapi dia cuma dibiarkan selama 6 jam kerana keesokan harinya adalah hari Passover, a Sabbath. Undang2 tidak membenarkan manusia dikekalkan di palang salib melepasi Passover. Seorang lelaki kaya kemudiannya mohon keizinan melepaskan Jesus.

Islam is different story about Jesus. Kami believed Jesus aka Isa AS telah diangkat ke langit dan akan turun di akhir zaman nanti bagi menentang Dajjal. Dia tiada ayah,  dia bukan Anak Tuhan, dia cuma ada ibu dan tiada siblings. Maryam ibunya tidak pernah berkahwin sehingga akhir hayatnya.

Sains Pengetahuan : Shamanism,  Spirit dan Kekuatan Minda

Apabila pengkaji menggali istana Assurbanipal raja Nineveh memerintah dari 669-626 BC,  seorang dari raja yang kejam. Dia juga suka mengumpul sejenis rekod bertulis pada tablet tanah liat setiap kali beliau berjaya menawan sesebuah bandar. Mereka menjumpai lebih 30,000 tablet berkenaan dengan magic,  exorcism dan divinations.

Pychometri adalah istilah kepada seseorang yang mempunyai keupayaan mengesan melalui gerak hati apabila memegang benda yang mempunyai kaitan sejarah silam dan memprosesnya sebagai data dalam minda.  Ianya seperti dia mempunyai keupayaan meramal dan ianya tidak nonsense. Dalam istilah sains sendiri wujud keadaan ini melalui kajian pada tahun 1840s yang menerangkan ianya sejenis 'pengukuran'.

Seorang anak muda Peru bernama Manuel Cordova telah diculik oleh kaum Indian Brazil Amahuaca,  bahagian atas Amazon,  kemudianya dilatih sebagai seorang bomoh. Dia dipaksa dengan meminum sejenis cecair yang diberi nama pekatan Vision. Dia telah berkongsi pengalamannya menghadapi vision dengan penampakan ular,  burung dan binatang2 lain dan ianya berterusan sampai ke malam. Semua itu berlaku di bawah fikiran tidak sedarnya dan dia tidak boleh mengingati peristiwa yang terjadi selepas dia bangun dan kembali kepada fikiran bawah sedar.

Bagi masyarakat terpencil, bomoh adalah seorang pengubatan,  sama seperti kita manusia moden yang perlukan doktor bagi mengubati sakit. Walau fungsinya sama iaitu untuk mengubati tetapi tetap ada perbezaan antara keduanya. Untuk doktor moden mereka perlukan masa 4 tahun di medical school mempelajari modul sistem perubatan bersandarkan versi pengetahuan ilmu2 Galen. Manakala,  bagi perbomohan, banyak learning process terpaksa dihadapi dan pembelajaran itu sangat sukar kerana terpaksa mengikut sistem cara purba seperti menyamarkan diri,  membiarkan diri kelaparan dan tidur kebiasaannya atas tanah. Dia tidak memilih untuk menjadi bomoh, tetapi dia dipilih oleh kuasa spirit dan jika menolaknya akan menderita kematian.

Dalam sistem pengubatan perbomohan menggunakan alat instrumen memang tiada ganjil. Gendang, adalah alat basis dalam pengubatan bomoh kerana dengan cara itu mereka berhubung dengan kuasa spirit. One of them, Ogala Sinouk seorang Shaman Black Elk memberitahu apabila mereka dengan teriakan raungan 'hey-a-a-hey' dan membunyikan gendang untuk memanggil kehadiran dunia spirit. Dia dapat merasakan kekuatan itu datang melalui kaki dan he knew he should help the sick people.

Shamanism tidak pernah diwarkan kepada umum sehinggalah tahun 1957, apabila seorang Amerika bernama R. Gordon Wasson melalui pengalamannya menelan magis mushroom dengan Bomoh Mexican. Then the shaman,  Maria Sabina,  memberitahu bahawa dia dengan mendadak menjadi seolah selebriti memberitahu bahawa lelaki itu mengambil cendawan itu dengan tujuan untuk mencari Tuhan hingga boleh menyembuhkan orang sakit.

Seperti yang saya mention about ayahuasca pada awal penulisan ini, ianya sejenis minuman yang dibrew, dan percaya if saya katakan ianya ialah permulaan dan asal usul DNA. Sementelah lagi manusia yang menemui DNA itu pernah mengalami keadaan pengalaman meminum ayahuasca sebelum DNA ditemui olehnya. Dalam hutan hujan,  terdapat 80,000 spesis tumbuhan,  dan untuk menghasilkan ramuan ayahuasca dan ubat ianya mestilah dengan mencampur dan memadankan mereka seperti kaedah try and error. Dari setiap padanan dan campuran menghasilkan percubaan lebih dari 3,000,000 combination.

Berikut ini adalah cara bagaimana menghasilkan brew ayahuasca.  First stage,  ramuan natural tersebut mestilah direbus selama 3 hari,  kita mesti jauhkan jarak dari rebusan tersebut kerana ianya mengandungi asap beracun. Dan pada second stage,  pembuatnya mesti membunuh seekor monyet tanpa meracunnya dan daging itu tidak boleh ada sebarang keracunan, ianya mesti dilakukan dengan blow gun.

Brew halucinogen salah satu dari minuman ayahuasca dihasilkan dari dua tumbuhan. Minuman ramuan ini boleh merembeskan hormon dalam human brain,  dipanggil dimethyltryptamine dan ianya adalah sangat powerful. Apabila ditelan walau bagaimanapun ianya tidak berbahaya kepada enzim perut. Dengan syarat ianya mestilah dicampurkan dengan bahan dari tumbuhan menjalar bagi menghalang ianya rosak. Ianya menghasilkan extraordinari visions.

Masyarakat Peru memanggil shaman sebagai Ayahuasceros kekuatan menyembuh dan boleh berkomunikasi dengan spirit di bawah pengaruh dadah.  Ramuan dari taman polycultural mengandungi 75 tumbuhan berlainan. Seorang dari bomoh mereka Ruperto telah ditanya bagaimana mereka membuat ramuan hebat itu. Dia menjawab bagi memahami semua itu kita harus meminum ayahuasca. Dan seterusnya,  spirit tumbuhan itu akan memberitahunya apa yang harus dilakukan.

Menyembuhkan bayi yang sakit menggunakan tobacco,  iaitu ibu kepada segala ayahuasca dan ibu kepada tobacco ialah ular. Mereka percaya bahawa roh adalah tidak dapat dilihat melainkan dengan meminum ayahuasca,  maka ianya can be seen.

Chemistry of hallucinogen merupakan hormon serotonim yang dihasilkan oleh pinal gland yang juga dipanggil mata ketiga. Serotonim ini masih misteri,  namun ada yang berpendapat ia mempunyai kaitan dengan inteligent. Serotonim ini termasuk fungsinya menambah inteligent dan sexual development.  Ia juga sebagai chemical messenger between two cells.

Saintis percaya bahawa figur ular yang hadir ketika keadaan minda tidak sedar selepas drinking ayahuasca drug ini adalah simbol DNA. Nampaknya seperti bomoh ini berhubung dengan DNA dan DNA juga berkomunikasi dengan bomoh. 

Apakah benar tumbuhan mampu berinteraksi dengan hidupan lain? Apabila dipuja dibaca doa atau reaksi ketika dibelai? Sains telah mengkaji ini.  Hapgood terlalu obses dengan kajian yang dibuat oleh seorang expert dalam ujian poligraf,  Cleve Backster,  yang telah melakukan ujian terhadap tumbuhan draceina yang seperti daun sawit yang berada dalam makmalnya. Dia ingin tahu adakah tumbuhan itu menghasilkan dan menunjukkan rintangan eletrik apabila ia menyedut air. To his surprise, it more than that,  tumbuhan itu seperti manusia yang menerima stimulasi. Dia kemudian mengambil keputusan untuk membakar daun itu dengan padanannya. Apabila dia mula mencucuh mancis dia dapati seolah tumbuhan itu tahu niat dia untuk membakarnya,  maka ujian itu showing that there is no reaction on that plant.

Tumbuhan itu juga menunjukkan reaksi apabila anjing melalui melepasinya. Bukan setakat itu sahaja,  apabila dicampakkan udang hidup dalam air,  plant itu registered shock, malahan menunjukkan seolah ia 'menderita'.  Begitu juga ia menunjuk tindak balas terhadap darah daripada cut finger. Jelaslah,  bahawa kajian sains ini juga membuktikan segala makhluk yang wujud termasuk tumbuhan yang dianggap tiada nyawa adalah sebenarnya 'bernyawa'.  Segala itu telah diberi petunjuk oleh Allah dalam firmannya bahawa tiadalah Dia menciptakan segala yang dibumi dan dilangit melainkan untuk menyembahNya,  berzikir kepadaNya, mengEsakanNya. Manusia ini apabila terus diberi fakta melalui cara keagamaan walau ianya direct dari kitab suci agama masing2 (saya for sure bahawa kitab2 tua menceritakan hal ini), sukar untuk menerima kerana mereka perlukan prove. Apabila dikaitkkan dengan kajian sains, barulah mereka menyetujuinya.

Mesti ada yang menggangap apabila seseorang menceritakan kepada kita bagaimana tumbuhannya,  pokok2 bunganya,  sayurannya hidup subur, manakala setengah orang gagal mendapat hasil sepertinya,  adalah seperti mitos,  kerana dia selalu membelai,  berbual dan menjaganya dengan kasih sayang. Tidak,  perkara ini tidak mitos,  tidak khayalan,  tetapi telah dibuktikan oleh kajian sains. Hapgood telah melakukan kajian sendiri dengan menggunakan pelajarnya berinteraksi dengan tumbuhan,  samada menunjukkan cara positif atau negatif. Hasilnya,  tumbuhan yang dilayan dengan positif menunjukkan pertumbuhan yang baik dan subur, manakala tindakan negatif menjadikannya merosot dan rosak serta layu.

Hapgood juga selalu dalam masalah melawan kemasukkan semut hitam yang selalu muncul dan berkeliaran membiak di dapurnya. Dalam keputusannya untuk membeli racun, dia berpendapat mencuba untuk berkomunikasi dengan semut itu dengan tone yang ramah,  baik dan menunjukkan kegesaan bahawa mereka adalah lebih baik meninggalkan kediamannya dan mencari kediaman yang sesuai. Tidak sampai beberapa hari semut2 tidak kelihatan lagi. Beliau kemudiannya menceritakan ini kepada seorang wanita yang mengalami masalah yang sama. Beliau pun melakukan perkara yang sama seperti Hapgood,  tetapi tidak berjaya,  malah semakin banyak yang datang. Tahu apa masalahnya? Beliau menghalau semut2 itu dengan menggunakan perkataan kesat dan kotor 'dirty little communist',  that for sure memang gagal. Kenapa kita mesti takjub dengan kajian ini,  sedangkan kisah Nabi Sulaiman telah menceritakan bahawa beliau dapat mendengar dan memahami percakapan semut2 yang bertempiaran lari bersembunyi takut dipijak oleh tentera Nabi tersebut. Dan Nabi Muhammad juga melarang membunuh binatang yang tidak berbahaya sebelum memohon mereka mundur dari kediaman kita dengan komunikasi yang baik. Sepatutnya kita kena praktikkan cara ini. Saya juga sebenarnya memang hilang sabar apatah lagi semut datang ke makanan yang kita hidangkan.

Now kita dapat fahami bahawa tumbuhan itu bertindak balas pada minda manusia,  dan menunjukkan kekuatan apabila doa2 di baca kepadanya. Maka,  kita tidak keliru lagi bagaimana ayahuasca begitu power dan tumbuhan itu mengikut acuan minda manusia yang menggunakannya.

Saya harap sedikit preview ini mampu memberi kepuasan kepada yang bercadang untuk memiliki buku ini. Buku ini boleh didapati di www.bookdepository.com.

Believe, you will when you believe..
















Comments

Popular posts from this blog

Lohong hitam di antara ruang masa fizikal dan ghaib : Perspektif Sains dan Al-Quran

Perfect Fingerprint

Ulasan buku :Roh oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah