Bukti Forensic Yang Nilainya Harta Karun
Kita sambung kembali topik kita berkenaan subjek forensic. Mesti ramai nak tahu apa proses seterusnya. Subjek ini memang kalau tidak didalami akan membosankan tapi apabila telah diselami ianya semakin menarik. Bukan sahaja berguna kepada pelajar atau mereka yang terlibat dengan dunia forensic dan penyiasatan tapi juga sebagai ilmu untuk orang2 awam yang berminat mempelajari unsur2 dan teknik dalam penyiasatan jenayah dan sains forensic. Selain dari kesan capjari, kesan2 lain juga diambil kira tetapi bergantung kepada ciri2 item yang terdapat kesan tersebut. Kesan latent yang sukar untuk dilihat dengan mata kasar boleh diatasi dengan penggunaan bahan2 pencetus dan pembangun seperti bahan kimia, pencahayaan dan unsur2 khusus penggunaannya dalam makmal. Ejen bahan kimia khusus untuk kegunaan khusus ■ Iodine Fumes - iodine kristal yang telah dipanaskan akan melepaskan wasap yang bertindak dengan minyak ke atas permukaan berliang. Ianya bertindak serta merta maka mesti memerhatika