Posts

Showing posts from August, 2019

AJARAN SESAT

Dalam membicarakan tentang ajaran sesat ini saya merujuk kepada sebuah naskah yang telah Out of Publication karya AbdulFattah Haron Ibrahim, bekas profesor di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang berjudul Ajaran Sesat. Buku ini saya terpanggil untuk mengulasnya walaupun pelbagai pendapat saya terima.  Ajaran sesat ini bukan perkara baru malah telah berlaku sejak dahulu lagi iaitu sebelum kehadiran Islam. Pengikut Yahudi pernah menuduh Nabi Isa AS menyebarkan ajaran sesat kerana beliau menyebarkan ajaran yang bukan dari Kitab Yahudi atau Taurat, tetapi Kitab Injil yang khusus untuk umat Nasrani atau umat beliau. Yahudi, memang tidak akan pernah mengakui mana2 kewujudan Nabi dan Kitab selain dari bangsa mereka sendiri selama-lamanya.  Namun, bukan sahaja pada zaman sebelum kedatangan islam yang dibawa oleh Nabi ummi, Muhammad SAW, malah Nabi SAW sendiri telah dikatakan membawa ajaran sesat oleh kaum musyrik Quraisy Mekah

Hitler Beneficiaries

Image
Saya rasa ramai yang tahu kisah Hitler. Kekejaman, pemerintahannya yang singkat namun penuh tragedi. Sesuatu yang kita, walaupun jauh dari kesamaan kisah perang di Asia Timur, namun tidak ingin kita kenang dan ingatkan lagi. Peristiwa kejam yang mencipta pelbagai teori dan konspirasi, meregut hati banyak pihak. Holocaust, buruh paksa, penindasan ekonomi serta penghapusan etnik,  semua terangkum dalam satu perkataan,  kejam. Hitler,  manusia yang penuh dengan idealogi. Buku ini bagi saya berjaya melahirkan pendedahan yang berlainan skop, tidak seperti mana2 buku yang tipikal,  memceritakan perihal 'jews with gas chambers',  holocaust dan sebagainya. Penulis merungkai kebenaran bagaimana Yahudi dilemahkan dari segi ekonomi, sehingga menimbulkan pertanyaan,  kenapa mereka dalam jumlah yang ramai,  bukan sahaja Yahudi German namun Yahudi2 di negara2 yang diduduki oleh Nazi German, tidak mampu bertindak menentang kekejaman Hitler dan kunco2nya? Buku ini menceritakan segalan