Posts

Showing posts from April, 2017

Keluarga dipertahan lambang peribadi unggul

Saya tak faham kenapa masih ada orang yang komplen mengenai jamuan perkahwinan. Padahal walimatulurus itu adalah digalakkan dalam islam asal ianya adalah berniatkan kerana Allah dan bukan kerana adat. Ada yang kata membazirlah apalah. Peliklah golongan macam ini. Oklah..andai pihak pengantin buat gah dan besar-hesaran, itu adalah duit dan kemampuan kewangan mereka asal ianya mengikut syariat jadi kenapa orang lain pulak yang rasa cemburu dan sakit hati? Adakah yang selalu buat bising tu sudah cukup baikkah? Majlis walimatulurus ini bertujuan untuk menghebahkan bahawa pasangan tersebut telah selamat menjadi suami isteri dan bertujuan meraikan kedua mempelai serta mengeratkan silaturrahim antara kedua keluarga dengan menjemput saudara mara dan rakan taulan serta golongan orang2 yang kurang upaya bagi menambah berkah. Ianya adalah sunat muakad. Nabi Saw pun pernah memberitahu Abdul Rahman Bin Auf apabila beliau bernikah supaya mengadakan majlis kenduri walau dengan menyembelih seekor kam