Final : Forensik dari segi aspek pengeboman, jenayah komputer dan pemahaman masyarakat terhadapnya
Penulisan artikel berkenaan forensik ini adalah yang final. Sebenarnya bidang ini sangatlah menarik walau tidak berbaloi dengan masa dan kehidupan sosial, kerana ahli bidang ini harus sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan, andai kata ada panggilan kecemasan yang memungkinkan mereka terpaksa berada di lokasi kejadian serta-merta agar bukti dan bahan kes yang masih fresh tidak tercemar. Kerjaya mereka tidak jauh lebih penting sama seperti pengamal perundangan yang lain seperti pegawai polis dan bomba dan pengamal perubatan yang bertugas di jabatan kecemasan. Untuk mendalaminya ilmu forensik ini bukanlah kerja sehari dua atau seminggu dua tapi saya habiskan masa lehih kurang tiga bulan, walau belum cukup lengkap namun terpaksa tinggalkan sementara untuk memberi ruang kepada saya menimba sesuatu yang lain pula. Insyaallah saya akan sambung kembali. Letupan Bom Jenayah ini semakin berleluasa pada masa kini dengan tujuan yang sangat jelas iaitu untuk merosakkan dan membunuh,